CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4548|Reply: 0

[Kedah] 'Separuh gaji kakak dibelanjakan untuk adik-beradik'

[Copy link]
Post time 21-10-2023 04:49 PM | Show all posts |Read mode
Sungai Petani: "Kakak tak pernah berkira dengan kami, separuh daripada gajinya dibelanjakan untuk adik-adik," kata Muhamad Sufi Hanif Bukri, 22.

Muhamad Sufi Hanif adalah adik kepada Ketua Ameerah PAS Sungai Petani, Nor Fatihah Nabilah, 23, yang maut dalam nahas jalan raya kira-kira 2.18 petang di Kilometer 390, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara Behrang, Perak semalam.

Kemalangan itu turut mengorbankan Ketua Dewan Muslimat PAS Sungai Petani, Taibah Sulaiman, 61, dan Penolong Setiausaha Dewan Muslimat PAS Sungai Petani, Nurul Najihah Amzi, 27.

Bercerita lanjut keperibadian Fatihah Nabilah, Muhamad Sufi Hanif berkata, kakak sulungnya itu seorang yang sangat bertanggungjawab dan suka menggembirakan ahli keluarga.

Katanya, pemergian Fatihah Nabilah sangat dirasai apabila arwah banyak membantu dan menyokong pengajiannya dalam bidang Kerja Sosial di Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) di Terengganu.

"Pada pagi Jumaat semalam saya dan kakak ada berhubung, dia masukkan duit sumbangan Mak Lang (ibu saudara) ke akaun bank untuk kerja sosial saya di Vietnam nanti.

"Kakak seorang yang sangat baik, walaupun gajinya hanya RM1,300 sebulan sebagai guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), dia tak pernah berkira, dia akan lakukan apa saja untuk menggembirakan kami adik-beradik, baru-baru ini dia ada belikan saya kemeja T anime yang saya suka, ke mana dia pergi dia pasti akan ingat untuk beli sesuatu untuk kami," katanya sebak ketika ditemui di pekarangan surau Taman Sri Jenaris, Tikam Batu di sini selepas selesai solat jenazah.

Terdahulu, suasana sedih menyelubungi pekarangan surau berkenaan apabila bapa Allahyarham, Bukri Khalid, 52, sebak ketika membacakan doa ketika mengimamkan solat jenazah anak sulung daripada lima beradik itu.

Kira-kira 200 jemaah bersama menunaikan solat jenazah Fatihah Nabilah pada jam 9.50 pagi tadi sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Bukit Berangan di sini pada jam 10 pagi.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan kira-kira 11 pagi tadi.

Sementara itu, rakan sekerjanya Rozita Man, 52, pula menyifatkan Fatihah Nabilah seorang yang baik dan penuh bersemangat dalam melakukan kerja kebajikan.

"Arwah baharu saja menjadi guru Pasti pada awal tahun ini, dia bukan saja aktif dalam parti tetapi juga dalam apa jua kerja kebajikan

"Sabtu lalu, semasa Karnival Sunnah 6.0 di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, dialah paling bersemangat nak pergi, apabila sampai di stadium dia pegang tangan saya dan ajak berada di depan untuk berselawat.

"Umurnya masih muda tapi dia banyak membantu orang ramai, namun Allah lebih sayangkan dia, Allah 'menjemputnya' pun dalam keadaan yang baik dengan niat membantu orang," katanya yang turut tinggal di taman berkenaan.


MUHAMAD Sufi Hanif sebak ketika ditemui selepas selesai solat jenazah kakak sulungnya Nor Fatihah Nabilah. FOTO Noorazura Abdul Rahman

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -untuk-adik-beradik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.065876 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list