View: 5390|Reply: 52
|
Challenge Lagu Nirmala, Itu Kisah Rasulullah SAW Dan Aisyah - Che Kem
[Copy link]
|
|
Penulis lirik lagu Nirmala, Kamarulzaman Taib atau Che Kem menyelar tindakan segelintir pengguna TikTok termasuk pasangan pelakon suami isteri, Kamal Adli dan Uqasha Senrose membuat video seolah-olah 'mempermainkan' lagu popular nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Nirmala bertujuan untuk hiburan semata-mata.
Katanya, lirik lagu itu berkisarkan peristiwa Nabi Muhammad SAW dan isterinya, Aisyah.
Che Kem yang juga pelakon dan penggiat teater berkata, jika lagu itu diambil dalam bentuk terputus-putus, baginya ia tidak mempunyai maksud apa-apa kerana tidak berkaitan dengan keseluruhan lirik.
"Ia tiada maksud dan sekadar lagu saja. Tapi sebagai individu yang menghormati lagu itu, menghormati falsafah kisah di sebalik lagu itu, mereka takkan buat perkara yang sepatutnya mereka hormati.
"Kisah ini adalah satu penghormatan terhadap Aisyah dan jika ada kefahaman mengenai liriknya, mereka tak buat perkara ini. Mereka buat sekadar untuk 'trending' dan hiburan," katanya.
Che Kem berkata, Kamal dan Uqasha juga tentu mengikut 'trend' melakukannya tanpa memahami maksud sebenar lagu itu.
"Ada yang tahu mengenai lirik lagu ini, tahulah. Yang tak tahu pula, ambil sebagai hiburan. Lagu ini juga digunakan dalam program Dangdut Asia dan ia ditarikan dalam konsert dangdut semata-mata.
"Ini kerana dalam lirik itu saya tak menulis sepatah pun mengenai Rasulullah, tapi ilham liriknya memang dari kisah Rasulullah dan Aisyah.
"Maknanya ia boleh ditafsir dalam cerita yang berbeza mengikut latar pengetahuan yang berbeza," katanya.
Lagu Nirmala ciptaan Allahyarham Pak Ngah ini dimuatkan dalam album Sanggar Mustika pada 2002.
"Ketika itu Siti berdepan isu fitnah dan surat layang yang bertebaran di internet. Namun, sebenarnya saya bukanlah buat lirik dari kehidupan Siti.
"Cuma dari peristiwa itu, ia buka fikiran saya untuk cari pengajaran dari isu yang terjadi kepada beliau. Saya belek surah-surah kisah Nabi dan jumpa kisah dalam surah an-Nur
"Aisyah difitnah berzina sehingga menjejaskan reputasi Nabi Muhammad SAW dan Islam serta nama Aisyah sendiri sebagai isteri," katanya.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Lagu je kot
|
|
|
|
|
|
|
|
manalah org tau dia tulis lagu tu pasal siapa. dah tu bg ppuan plak tu nyanyi dgn mengilai2, baju ketat, rambut mengerbang |
|
|
|
|
|
|
|
Kat mana nak tgk uqa punya video |
|
|
|
|
|
|
|
IzzahF replied at 19-10-2023 06:37 PM
manalah org tau dia tulis lagu tu pasal siapa. dah tu bg ppuan plak tu nyanyi dgn mengilai2, baju ke ...
Masalahnya buruk sgt yg buat content lagu tu. Mcm takde motif langsung. Sanggup pulak tu retis pun follow. I tak bolej unseen dah muka uqa dlm video tu |
|
|
|
|
|
|
|
Masalahnya yg menyanyi pun berjoget sakan masa nyanyi lagu ni . Free hair pulak tu.. baju blink2 labuci, rambut mengurai2.. langsung takde menonjolkan ciri2 agama pun.. |
|
|
|
|
|
|
|
sbbtu tokti kalau nyanyi lagu ni intro part qasidah tu sheols tak potong... walaupun lagu medley...
btw tak semua org tahu and faham pun maksud lagu... nyanyi sekadar enjoy melodi jah... |
|
|
|
|
|
|
|
Cehhh lgu je punnn? Yela syg sgt acik forum dgn ungka yg muke semakin dimamah usia tu. Xleh iols tgok muke beliau ye geli rse |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa la klu kita baca lirik lagu omputih walopon puitis kita paham. Tapi bila lirik melayu dia punya puitis trs tak paham. |
|
|
|
|
|
|
|
Setelah 20 tahun baru iols tahu maksud lagu ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Nizleen86 replied at 19-10-2023 11:30 PM
Setelah 20 tahun baru iols tahu maksud lagu ni.
dlu2 ms klua lagu ni mmg penah heols cite ke lagu ni psl apa? bhsnya terlalu puitis smp org xphm.
Lirik:
Diciptakan seorang insan
Lembut hati bak redup pandangan
Pabila berkata
Seluruh alam menyaksikan kesyahduan
Bagai tersentuh rasa percaya
Tika terdengarkan
Aduhai
Telah jauh berkelana entah di mana
Ada rasa hanya kuntum kasihnya
Khabar itu merelakan perjalanannya
Ada jiwa hanya kuntum kasihnya
Biar panas membakar
Biar ranjau mencabar
Telah mekar hati seindah purnama
Dipujuk segala rajuk
Sepi rindu adakala
Meracun imannya
Biar panas membakar
Biar ranjau mencabar
Hati mekar seindah purnama
Siapa menyapa bagai pelita
Arah yang menghilang tika gelita
Duhai kasih bulan saksi
Tatap tidak ditatap
Kotakan di dada yang terdetik
Temukan sang cinta
Angin pun mula bercerita
Semesta nyata terpedaya
Kekasih tak berbahasa
Getir fikir derita mengharap
Suara
Tangis bagai gerimis
Hati bak tasik pedih
Cuba cari hakikat
Temukan azimat
Kasih gundah gerhana
Diam tak berirama
Gusar tambah gementar
Tak tertanggung rasa
Nun dari sana
Telah turun berbicara
Sang kesuma bidadari syurgawi
Sesungguhnya berkasihlah
Di antara manusia
Perindah segala kata-kata
Bahagia itu janjinya
Mengapa kita sengketa
Rentaslah jalan terbuka
Tanpa dusta
Telah teguh di garis karma
Telah jauh berkelana entah di mana
Ada rasa hanya kuntum kasihnya
Khabar itu merelakan perjalanannya
Ada jiwa hanya kuntum kasihnya
Biar panas membakar
Biar ranjau mencabar
Telah mekar hati seindah purnama
Dipujuk segala rajuk
Sepi rindu adakala
Meracun imannya
Biar panas membakar
Biar ranjau mencabar
Hati mekar seindah purnama
Tangis bagai gerimis
Hati bak tasik pedih
Cuba cari hakikat
Temukan azimat
Kasih gundah gerhana
Diam tak berirama
Gusar tambah gementar
Tak tertanggung rasa
Tangis bagai gerimis
Hati bak tasik pedih
Cuba cari hakikat
Temukan azimat
Kasih gundah gerhana
Diam tak berirama
Gusar tambah gementar
Tak tertanggung rasa |
|
|
|
|
|
|
|
Perawankota replied at 19-10-2023 06:49 AM
Kat mana nak tgk uqa punya video
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by damian_lee at 19-10-2023 10:12 PM
Disclaimer dulu: aku xsuka trend kejung ntah apa apa for lagu ini … euwwww
TAPIIIII
Point pasal “inspirasi” dari Aisyah dan “keperluan” untuk menghormati selayaknya
NAMUN selama ini lagu ini dipersembahkan dan didendangkan oleh seorang wanita dengan suara melenggok mendayu … berpakaian yang belum cukup mematuhi “standard menutup aurat” … dengan blink … dihiasi pula tarian2 ….
???? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by PinkyPie at 20-10-2023 06:50 AM
M Nasir selamba je lagu Nur Nilam Sari org buat parody. Nama anak heols pulaks.
Tapi buruk gak la dua org ni buat, layak jua dikecam haha |
|
|
|
|
|
|
|
Baca balik lirik tu sedap pulak |
|
|
|
|
|
|
|
baru tahu lagu ni inspirasi daripada kisah siti aishah.
lirik dia puitis, dato ct je kot boleh nyanyi lagu ni, klu org lain nyanyi sama ada sumbang mambang atau jd tak sedap d dgr.. |
|
|
|
|
|
|
|
Masa keluar statement ni semalam, iols macam… seriously? Tu pun nak sentap? Sebab bila penyanyi asal nyanyi lagu ni pun, takde langsung ciri ciri yislamik. Dengan baju ketat, siap ada dancer. So penyanyi asal pun tak menghormati Rasulullah n siti aisyah juga la kan?
Lirik pun puitis terlampau sampai orang tak faham.
Macam la karya ni agung sangat |
|
|
|
|
|
|
|
lazim replied at 19-10-2023 10:23 PM
Kenapa la klu kita baca lirik lagu omputih walopon puitis kita paham. Tapi bila lirik melayu dia pun ...
Cth lagu nur nilam sari |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai
Lagu berjoget2 pun ada kasta MULIA dgn tak mulia
Sampah betul |
|
|
|
|
|
|
|
sedap lirik lagu ni...
yg tulis lirik ni sgt puitis... |
|
|
|
|
|
|
| |
|