CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1639|Reply: 18

Zoo Negara Dilanda Banjir Kilat

[Copy link]
Post time 19-10-2023 10:57 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Zoo Negara dilanda banjir kilat lebih satu jam bermula 5 petang semalam.


Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly @ Rahmat Ahmat Lana bagaimanapun berkata, banjir kilat pada petang semalam itu tidak seteruk seperti yang pernah berlaku sebelum ini dan semua haiwan berada dalam keadaan selamat.


TANGKAP layar daripada video tular di TikTok menunjukkan keadaan ketika banjir kilat di zoo negara, semalam.




"Kebetulan sewaktu kejadian, kakitangan kita belum balik lagi dan mereka berada dalam keadaan bersedia.


"Semua haiwan kita juga berada dalam keadaan selamat kecuali seekor capybara terlepas keluar. Tetapi ia dapat diselamatkan dan dimasukkan balik (ke dalam kawasannya) oleh kakitangan kita.


"Selain itu, dua panda juga selamat kerana berada di tempat yang tinggi," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.


Mengulas lanjut, Rosly berkata, kerja-kerja pembersihan akibat banjir kilat yang berlaku di Zoo Negara juga dijalankan pada malam tadi.


"Zoo Negara sudah dibersihkan sehingga jam 11.30 malam. Saya berterima kasih kepada pihak bomba dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kerana membantu Zoo Negara. Tanpa mereka kerja-kerja pembersihan itu tidak akan siap," katanya.


Beliau turut memaklumkan Zoo Negara dibuka pada hari ini dan ia beroperasi seperti biasa.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2023 11:00 AM | Show all posts
mg air naik area zoo melawati kemensah dan sekitarnye semalam
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2023 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
2-3 hari ni memang hujan lebay.. paras sungai kelang, sungai gombak, sungai kerayong tinggi

Alangkan indahnya kalau projek canal city idea najib tu dulu sempat siap
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2023 11:29 AM | Show all posts
ini paling risau. dah la kawasan tu non stop pembangunan. rasa zoo negara dah x seswai kt situ. kne duduk d kawasan yg lebih menghijau.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2023 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Oyen dapat selamat tak?
Kan dia menumpang kasih kat tempat capybara tuh.

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2023 12:06 PM | Show all posts
Alahai kesian dengan haiwan dalam zoo tu.. harap tak serious..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2023 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Alamak...plan nak gi zoo negara this week bawak anak partner i kenal² haiwan..hmm so akan tutup for how long?

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2023 12:32 PM | Show all posts
mmg air naik kawasam situ smlm..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2023 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Risau baca berita ni. Sbb haiwan2 ni perlu pertolongan kita if jd lg. Teruknya kawasan tu x ada apa2 plan if banjir
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2023 01:26 PM | Show all posts
asal aku teringat kat oyenn, oyen ok dak tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2023 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
limesherbet replied at 19-10-2023 12:29 PM
Alamak...plan nak gi zoo negara this week bawak anak partner i kenal² haiwan..hmm so akan tutup for ...

Zoo negara tak best. Baru je pegi bln 8. Menyesal!
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2023 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian haiwan2...
mesti capybara tu panik air byk tiba2, dah la sejenis hewan slow dok diam je tak gerak sgt
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2023 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
LostStar replied at 19-10-2023 11:29 AM
ini paling risau. dah la kawasan tu non stop pembangunan. rasa zoo negara dah x seswai kt situ. kne  ...

Tapi situ lah trmpat nostalgia....

Cuti sek, akak ipar aku akn bawak gi situ....pdhal dah brp kali pegi dah....saja nati mak aku tanya tak bawak gi mana² ke cuti ni...

Teman akak aku dating kat situ.....

Pegi muzium lg best.....dorang kata jauh...zoo dekat sikit....

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2023 02:12 PM | Show all posts
Kesiannya haiwan2 kat zoo negara tu. Bawak pindah ke kawasan lain takleh ke? Suruh PMX angkut semua tu. Jangan asik dok cakap nak menjarah duit org2 maha kaya je & acting seperti Robin Hood
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2023 02:21 PM | Show all posts
sungai situ memang selalu naik air

nak lalu semalam pun cuak, sebab boleh nampak air sungai dah nak naik ke tebing
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2023 02:46 PM | Show all posts
nasib buaya ke ular...or harimau or semua yang makan daging tu tak terlepas....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2023 06:05 PM | Show all posts
moga2 oyen capybara selamat
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2023 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Forumer kemain kesian capybara lemas la panik la air naik..padahal binatang tu semi aquatic..lebih terer berenang drpd korang.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian kat haiwan
lagi kesian kat staff zoo [em:12:]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.739672 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list