CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4291|Reply: 48

[Tempatan] FARDHU AIN: 'Boikot syarikat, produk yang menyumbang kepada Israel' - Mufti

[Copy link]
Post time 19-10-2023 09:58 AM | Show all posts |Read mode
Edited by ifanonline at 19-10-2023 12:32 PM

'Boikot syarikat, produk yang menyumbang kepada Israel' - Mufti

Oleh Zuhainy Zulkiffli - Oktober 15, 2023 @ 4:37

pm[email protected]




Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor. - Foto NSTP


GEORGETOWN: Rakyat negara ini baik yang beragama Islam atau bukan Islam diseru supaya menunaikan tanggungjawab kemanusiaan dengan menghulurkan bantuan susulan krisis yang menimpa penduduk Palestin.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, berkata bantuan itu adalah bagi mengurangkan penderitaan rakyat Palestin akibat daripada serangan rejim Israel.

"Umat Islam di seluruh dunia wajib membantu saudara mereka yang sedang berjuang di bumi Palestin bagi mempertahankan diri dan tanah air daripada serangan kejam Israel.

"Media melaporkan, tentera penjajah Zionis menyasarkan kemudahan awam di Semenanjung Gaza termasuk hospital, masjid dan kediaman penduduk," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Wan Salim turut menyeru rakyat Malaysia supaya memboikot semua syarikat atau produk yang menyumbang kepada ekonomi Israel.

Katanya, terdapat juga syarikat atau restoran yang menderma makanan secara percuma kepada tentera Israel yang menyerang rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

"Setakat ini rakyat beberapa negara sudah mengambil tindakan memboikot restoran berkenaan termasuk Arab Saudi, Mesir, Lubnan dan Kuwait.

"Amerika Syarikat perlu 'disedarkan' supaya menghentikan dasar 'double standard' yang dipraktikkannya selama ini. Kuasa besar dunia itu menyokong Republik Ukraine menentang Russia, sedangkan di Palestin, mereka menyebelahi Israel dan membantunya menyerang rakyat yang berjuang mengembalikan hak serta negara mereka selepas dirampas rejim itu sejak 1948," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, seramai 1,900 rakyat Palestin di Gaza maut akibat serangan tentera Israel dan daripada jumlah itu, lebih 614 kanak-kanak terkorban.
Serangan pelbagai jenis bom berangkai dan roket turut mengakibatkan 7,696 penduduk Palestin cedera.









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-10-2023 09:59 AM | Show all posts
sudah menjadi satu kewajipan bagi umat islam utk boikot barangan yahudi zionis israel berserta kuncu-kuncu mereka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2023 10:02 AM | Show all posts
Edited by ifanonline at 19-10-2023 10:03 AM

Mapim lancar kempen boikot barangan AS, Israel



Oleh SITI AISYAH MOHAMAD




13 Oktober 2023 07:48pm





SHAH ALAM - Majlis Perundingan Islam Malaysia (Mapim) melancarkan Kempen Boikot, Alih Pelaburan dan Sekatan (BDS) ke atas barangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel kerana agenda negara berkenaan yang mahu melenyapkan Palestin dimuka dunia.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, individu perlu menggunakan kuasa pengguna sebagai senjata paling berkesan dalam operasi Gelombang Pengguna Anti Zionis untuk menunjukkan penentangan terhadap AS sebagai pembiaya Israel.

“Sudah sampai masanya kuasa pengguna dunia diguna untuk melumpuhkan AS, Israel dan konco-konco mereka.

Setiap ringgit atau sen yang dibelanja untuk barangan negara ini menyumbang kepada kejahatan ke atas Palestin.

“Kuasa pengguna tidak harus terhad hanya kepada isu hak berkenaan semata-mata tetapi perlu menjadi sebuah kekuatan dalam menegakkan keadilan dan menjadi kekuatan menyanggah kuasa imperialis - kapitalis bagi membela nasib yang tertindas.

“Setiap nyawa Palestin gugur akibat pengguna yang menyumbang kepada ekonomi AS dan Israel akan dipertanggungjawabkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sinar Harian pada Rabu lalu melaporkan angka kematian di Gaza kini meningkat hampir 1,000 dalam serangan yang memasuki hari keempat, kata Kementerian Kesihatan Palestin.

Memetik laporan CNN, kementerian itu berkata, kira-kira 950 orang terbunuh manakala 5,000 lagi cedera dalam serangan ke atas Gaza itu.

Tambah Mohd Azmi, negara-negara perlu beralih daripada bergantung perdagangan dengan AS sebaliknya membina alternatif perdagangan dunia kerana kuasa hegemoni dan monopoli negara berkenaan terhadap ekonomi perlu dinoktahkan.

“Standard moral yang diguna AS dan Israel harus dihumban dan tekanan ekonomi serta politik perlu dikenakan ke atas kedua-dua negara teroris ini,” ujarnya.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2023 10:09 AM | Show all posts
Edited by ifanonline at 19-10-2023 10:11 AM

Adakah Dengan Boikot Barangan Israel Boleh Buat Kerajaan Zionis Muflis?




Setiap kali perang di antara Palestin dan Israel berlangsung, pasti kita akan dihidangkan dengan berita mengenai gesaan boikot oleh kumpulan yang menyokong pembebasan Palestin.

Di Malaysia contohnya, kita sudah terbiasa dengan gerakan ini dan antara jenama yang selalunya mendapat tempias gerakan boikot ini adalah Mcdonald’s atau minuman coca cola – seolah-olah rakyat Malaysia ini hanya kenal Israel daripada botal coca cola dan kotak Mc’Donalds sahaja.

Menurut laporan Al Jazeera, gerakan boikot ini berpotensi menjana kerugian sehingga AS$ 11.5 bilion setahun bagi Israel. Namun persoalannya, adakah gerakan ini benar-benar berkesan kepada Israel?

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berpangkalan di Washington, Amerika Syarikat (AS), Brookings Institution, menyatakan bahawa gerakan boikot ini tidak akan menjejaskan ekonomi Israel secara drastik.

Ini kerana kira-kira 40 peratus daripada eksport Israel adalah barangan “perantaraan” atau produk tersembunyi yang digunakan dalam proses pengeluaran barangan di tempat lain, seperti semikonduktor.

Selain itu, kira-kira 50 peratus daripada eksport Israel adalah “pembezaan” atau barangan tidak boleh diganti seperti cip komputer khusus.

Bagaimanapun, data Bank Dunia menunjukkan eksport barangan “perantaraan” mengalami penurunan mendadak dari 2014 hingga 2016, mengakibatkan kerugian sekitar AS$6 bilion.

Bagaimanapun, dari sudut pandang Israel dan menerusi laporan The Jerusalem Post, gerakan boikot ini sebenarnya tidak akan memberi kesan yang besar kepada Israel. Malah, gerakan ini hanya akan “meningkatkan penderitaan rakyat Palestin,”.

Tambahnya lagi, gerakan boikot ini sia-sia kerana jika seseorang atau syarikat kerap diserang atau difitnah. Mereka akan membina lebih banyak pertahanan ekonomi untuk kesan pada masa hadapan.

“Daripada mengakui kesilapan, pihak yang dipersalahkan malah melaburkan sumber daya untuk membela diri atau menuntut balas,” tulis The Jerusalem Post.

“Pengalaman penganiayaan yang lama telah menjadikan Israel lebih terlatih dan lebih mampu untuk mencegah serangan (boikot) sebegitu,” sambung artikel itu.






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2023 10:15 AM | Show all posts
Boikot produk Israel, tanda solidariti umat Islam
  • October 17, 2023
  • Written by Media Baharu
  • Published in Semasa

PUTRAJAYA, 17 Oktober- Rakyat Malaysia diseru memboikot produk yang menyumbang kepada ekonomi Israel sebagai tanda solidariti umat Islam terhadap bumi Palestin.

Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan Jamali Mohd Adnan berkata, orang ramai perlu tunaikan tanggungjawab kemanusiaan menghulurkan apa jua bentuk bantuan di samping terus mendoakan kesejahteraan dan keselamatan mereka.

"Kita sebagai umat Islam kena menunjukkan solidariti ini dengan memboikot barangan barangan yang datang daripada negara Israel.

"Jadi dengan sebab itu nak tunjukkan solidariti kita dan mengajar mereka bahawa kita umat Islam ini umat yang bersatu padu. kita banyak lagi pilihan barangan daripada produk yang dikeluarkan oleh umat Islam kepada negara-negara Islam. Jadi kita utamakan dalam tempoh ini dan seterusnya tinggalkan terus barang barang dan produk daripada negara negara yang membunuh umat Islam," katanya kepada pemberita di sini.

Dalam pada masa yang sama, Jamali Mohd Adnan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keji rejim zionis Israel yang telah menyasarkan kemudahan-kemudahan awam di Semenanjung Gaza termasuk hospital, masjid dan kediaman penduduk.
(Jamali Mohd Adnan)



Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2023 10:58 AM | Show all posts
meh la senaraikan produk2 terkini...dgr2 apple pun sama ye?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-10-2023 11:12 AM | Show all posts
mejaputih replied at 19-10-2023 10:58 AM
meh la senaraikan produk2 terkini...dgr2 apple pun sama ye?

tim cook tu memang yahudi israel
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2023 11:13 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-10-2023 11:13 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2023 11:14 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2023 11:15 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2023 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 19-10-2023 10:58 AM
meh la senaraikan produk2 terkini...dgr2 apple pun sama ye?

Apple, android, intel, google, youtube, fesbuk, chatgpt, waze, whatsapp, instagram
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2023 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by limesherbet at 19-10-2023 11:36 AM


Keep supporting them in the genocide all

JANGAN BOYCOTT!

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2023 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Umngok stands with Israel.

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2023 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts


Some piple don't forget easily dek.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2023 11:37 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 19-10-2023 11:33 AM
Umngok stands with Israel.

hang jgn jadi batu api boleh tak cikgu sex
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2023 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Influenza malaysia tersenyum sinis sambil menghirup air stabak..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2023 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 19-10-2023 11:15 AM
Apple, android, intel, google, youtube, fesbuk, chatgpt, waze, whatsapp, instagram

Iols bekerja guna semua ni camno...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2023 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahriman replied at 19-10-2023 11:52 AM
Influenza malaysia tersenyum sinis sambil menghirup air stabak..

Sambil buat live guna iphone 15 melalui instagram..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2023 12:02 PM | Show all posts
mejaputih replied at 19-10-2023 12:00 PM
Sambil buat live guna iphone 15 melalui instagram..

sedih kan...org islam pun tak mampu nak tolong org islam lain...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 12:52 PM GMT+8 , Processed in 0.069360 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list