CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1580|Reply: 0

[Perak] Dengar, selesai masalah rakyat

[Copy link]
Post time 18-10-2023 05:06 PM | Show all posts |Read mode

SAARANI (duduk kiri) bersemuka dengan masyarakat dalam mencari solusi bagi aduan diterima.

Ipoh: Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan anjuran Kerajaan Negeri Perak berjaya menjadi pendekatan terbaik menyelesaikan masalah rakyat negeri itu dengan kadar segera.

Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Korporat) Anita Amri berkata, sejak penganjuran siri pertama di Stadium Indera Mulia Ipoh pada Februari tahun lalu, konsep bersemuka dengan pimpinan kerajaan negeri dan pegawai jabatan serta agensi termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT), membolehkan rakyat meluahkan isu yang dihadapi mereka untuk tindakan pihak berkaitan.

Menurutnya, Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad dan EXCO turut 'turun padang' bagi menyelami aduan rakyat selari dengan pelaksanaan pelan Perak Sejahtera 2030 bagi memakmurkan kehidupan rakyat.

"Berdasarkan statistik jumlah aduan bagi Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak daripada Siri 1 hingga Siri 8 Tahun 2023, jumlah keseluruhan aduan ialah 1,121 dan daripada jumlah itu, 1,013 aduan atau 90 peratus diselesaikan.

"108 aduan lagi atau 10 peratus dalam tindakan," katanya.

Beliau berkata, tambahan 187 aduan yang diperoleh daripada penganjuran Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan yang baru diterima pada Siri 9 pada 12 Oktober lalu di Stadium Indera Mulia, Ipoh masih dalam tindakan.

"Selain itu, ada antara aduan yang tidak selesai termasuk aduan yang memerlukan perhatian Kerajaan Persekutuan.

"Aduan-aduan seumpama ini tetap diambil dan dipanjangkan kepada agensi Persekutuan yang terbabit," katanya.

Menurut beliau, masalah berkaitan tanah adalah aduan tertinggi diterima yang biasanya membabitkan status terkini permohonan dibuat dan alasan permohonan ditolak.

Tambahnya, aduan lain yang diterima turut merangkumi haiwan berkeliaran, kerosakan infra awam, bantuan kewangan dan permohonan biasiswa pengajian ke peringkat universiti.

"Melihat kejayaan dan sambutan orang ramai, Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan diteruskan lagi pada tahun ini dengan penganjuran di daerah lain diselang-selikan dengan penganjuran di Stadium Indera Mulia Ipoh.

"Empat daripada sembilan siri penganjurannya setakat ini dijalankan di Perak Tengah, Larut, Matang & Selama, Hulu Perak dan Muallim dengan siri terakhir bagi tahun ini dijadualkan pada November di Bagan Datuk," katanya.

Menurut beliau, rakyat turut berpeluang mendapatkan barangan keperluan asas dengan harga murah yang dijayakan dengan kolaborasi Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC), Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan dan Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) melalui Kedai Bergerak Negeri Perak.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... esai-masalah-rakyat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.500550 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list