View: 10206|Reply: 104
|
Pencipta Lagu Untuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ning Baizura Dan Fauziah Latiff Dah Tiga Tahun Hidup Merempat, Bergelandangan
[Copy link]
|
|
Komposer dan pemuzik, Ross Ariffin, 61, yang pernah mencipta lagu untuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ning Baizura, Fauziah Latiff dan Liza Aziz kini hidup sebagai gelandangan dan merempat.
Dia hidup sebagai gelandangan dan berpindah-randah sejak tiga tahun lalu di sekitar Pasar Seni, di sini dan juga Melaka.
"Saya tinggal di jalanan selama tiga tahun. Saya ke sana ke sini, tinggal di Pasar Seni dan juga di Melaka. Saya memang hidup gelandangan," katanya kepada Harian Metro.
Foto: Harian Metro
Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, dia turut dua kali diserang angin ahmar dan kini sukar untuk berjalan dan bercakap.
Ross yang kini sukar untuk bekerja tinggal di rumah perlindungan Samaritan Hope Home, Pudu, di sini.
"Kehidupan saya bertukar 360 darjah apabila penularan Covid-19 menyebabkan saya menjadi penganggur dan kehilangan pendapatan apabila tidak dapat menghasilkan muzik," katanya.
Ross berkata, dia bercerai dengan isterinya 10 tahun lalu dan terpaksa keluar dari rumah.
"Saya ada dua anak tetapi tidak berhubung dengan mereka. Saya tidak mahu mereka bimbang dengan keadaan saya," katanya.
Ross berkata, dia akan kembali bekerja selepas pulih nanti.
"Saya akan menerima pekerjaan yang ditawarkan apabila sembuh nanti. Saya boleh bermain piano di hotel untuk mendapatkan wang. Saya juga boleh menulis lagu lagi," katanya yang juga pencipta lagu Kau Dan Aku nyanyian Ning Baizura.
Menceritakan pengalamannya, Ross berkata, dia pernah menyertai orkestra di London sebagai pemain biola selain berpeluang mengembara ke pelbagai negara.
Dia juga pernah aktif sebagai pemuzik undangan atau 'sessionist' dan terbabit dalam banyak rakaman album artis tempatan antaranya kumpulan Search.
"Kalau boleh, saya juga nak pulang ke kampung di Melaka kerana di sana ada banyak peluang pekerjaan untuk saya," katanya.
Sebelum ini, dia pernah bekerja melipat tuala dan cadar di sebuah hotel bajet di Jonker Walk, Melaka tanpa bayaran, sebaliknya dia dibenarkan menginap secara percuma.
Ross juga ditawarkan untuk bermain muzik setiap malam di sebuah restoran di Jalan Hang Tuah, Melaka dan pengusaha restoran itu menyediakan bilik secara percuma untuknya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez turut menyampaikan sumbangan wang tunai buat Ross. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya... tak banyak ke duit royalti dia dapat? |
|
|
|
|
|
|
|
Allahu....
teringat la cite Allahyarham Pramlee....akhir2 pun hdp susah
kesiannya |
|
|
|
|
|
|
|
nazurah replied at 18-10-2023 04:33 PM
Sedihnya... tak banyak ke duit royalti dia dapat?
Tu la mcm heran gak. Meols tgok blog n socmed dia zaman2 dulu, boleh tahan life dia. Ada umah kete mini. Mmg berprestige la kerjaya dia bukan kaleng2. Pakai suit mahal. Cuma tu la masa ujung2 nak mula dia homeless tu dia sakit jantung. Masuk spital columbia. Anak dia sepasang boleh tahan gak life dorg dibesarkan.
Yg meols perasan la..mak jihan miskin kan chinese. Mcm buang abes somi jadi sebatang kara. Serupa dgn pcik Ross ni kwen dgn chinese gak. Xkan anak2 n ex wife tak bantu wpon pertolongan yg minimum utk pcik Ross ni. Anak2 pcik Ross ni dah besar2 30an. |
|
|
|
|
|
|
|
OMG serius iolls terkejut..Ross ariffin ni pencipta lagu yg sedap, dia banyak buat lagu untuk Fauziah latiff..antara karya dia yg iolls suka
Tiada noktah cinta
Cintamu terbenam dihatiku
Ku pohon kemaafan
|
|
|
|
|
|
|
|
royalti mana, tak boleh cover kos sara hidup ke?
saari amri tu makan duit royalti je |
|
|
|
|
|
|
|
HoneyManjer replied at 18-10-2023 04:36 PM
Allahu....
teringat la cite Allahyarham Pramlee....akhir2 pun hdp susah
kesiannya
i skeptikal sikit part p ramlee hidup susah di hujung usia tu..masa tgk dokumentari p ramlee hidup susah yg shuhaimi baba buat tu, i smpai nangis2 tau..tapi lepas beberapa tahun, i jadi tak percaya sgt dokumentari tu..sebabnya, Allahyarham Saloma aktif je dok menyanyi..dlm dokumentari tu jugak katanya org ramai & kengkawan p ramlee dah pinggirkan allahyarham..tapi bila i baca/tengok balik interview retis2 (interview2 tu sumer bukan la nak explain psl dokumentari p ramlee susah tu, tapi saja sembang2 gitu sambil mention p ramlee)..gaya cerita tu takde la nampak memember pinggirkan p ramlee pun..p ramlee masa pindah dok KL dari singapore tu, still mampu buat movies yg meletop..malah masa dpt berita dia meninggal, member baik dia ketua pengarang sokkabar apatah, Utusan Malaysia kot, siap kena papah sbb heartbroken/terkejut..baru ni i ada tgk Youtube Ogy Ahmad Daud citer pengalaman dia jumpa P Ramlee dekat2 nak meninggal..masa tu P Ramlee jadi ketua juri festival filem Asia pasifik katanya, p ramlee nampak happy jumpa kengkawan kat singapore..ada gambo, p ramlee n kengkawan dia mmg nampak happy je..p ramlee siap gi rumah ahmad daud & saadiah lagi..so sbb tu i mcm meragui dokumentari psl p ramlee hidup susah tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya, kenapa sampai mcm tu sekali, takde dpt royalti ke |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya....knp smp jd mcm ni
Duit royalti composed lagu x dpt ke? |
|
|
|
|
|
|
|
X ada royalty ke? copyright lagu2 dia sapa punya?
Atau semuanya dpdt kat org lain. |
|
|
|
|
|
|
|
makita replied at 18-10-2023 04:43 PM
Tu la mcm heran gak. Meols tgok blog n socmed dia zaman2 dulu, boleh tahan life dia. Ada umah ket ...
Perasan jugak yg ni..cuma ujung2 arwah tu gila la kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo kt holiwood musician gini idop tujuh keturunan xabeh mkn.
Hidup rolling royalty semata². |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannyaaa..xdpt royalti ker? Lagu ct tuh bnyk hitz |
|
|
|
|
|
|
|
exclusive_vvip replied at 18-10-2023 05:03 PM
i skeptikal sikit part p ramlee hidup susah di hujung usia tu..masa tgk dokumentari p ramlee hidup ...
Tuhlah saloma pyb xder dah nk confirmkan. I baca mana tah saloma ckp kalo laki dia ada duit, sma dia kasi pinjamkan..org pub asyik mtk oinjam kat dia. Kesian,, so bg |
|
|
|
|
|
|
|
edoraixora: royalti mana, tak boleh cover ...
Saari amri lain..beratus lagu letop dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Suka lagu tiada noktah cinta.. Kalau lagu2 dimainkan sepatutnya ada la royalti yg dia dpt kan |
|
|
|
|
|
|
|
Masa kecik2 dulu dengar nama ross ariffin ingatkan mix omputih mana.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni bukan biasa2 jg rasanya dulu.. graduate oversea klu tak silap…hujung2 usia mcm ni plak… moga Allah permudahkan |
|
|
|
|
|
|
|
Mgkn dia muflis kut... tu yg duit x dpt ke dia? |
|
|
|
|
|
|
| |
|