CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1614|Reply: 0

[Pulau Pinang] Dokumen palsu: Ahli Lembaga Pengarah syarikat nasi kandar direman 3 hari

[Copy link]
Post time 18-10-2023 12:27 PM | Show all posts |Read mode
Dokumen palsu: Ahli Lembaga Pengarah syarikat nasi kandar direman 3 hari


Siti Aminah Mohd Yusof
[email protected]



Seorang Ahli Lembaga Pengarah syarikat nasi kandar terkenal direman tiga hari bagi membantu siasatan. FOTO MIKAIL ONG




Georgetown: Seorang Ahli Lembaga Pengarah syarikat nasi kandar terkenal direman tiga hari bagi membantu siasatan bersabit kes mengemukakan dokumen palsu menerusi proses penggajian dan penempatan semula pekerja asing.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi selepas membenarkan permohonan dikemukakan Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang, R Yeohgeswarajen.

Terdahulu, lelaki berusia 43 tahun itu tiba di perkarangan mahkamah jam 8.56 pagi.

Sumber SPRM berkata, suspek disyaki bersubahat dengan seorang pegawai Jabatan Imigresen (JIM) Pulau Pinang dengan mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu bagi Program Penggajian dan Penempatan Semula Disember tahun lalu.

Menurutnya, dokumen itu dibuat atas nama seorang individu yang juga pekerja syarikat berkenaan dan dikemukakan kepada JIM bagi proses penghantaran pulang pekerja asing.

Difahamkan pegawai imigresen terbabit yang juga seorang wanita berusia 32 akan dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas dirakam kenyataan dalam tempoh 24 jam.

Kedua-dua individu terbabit ditahan di dua lokasi berasingan di negeri ini semalam dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.



Disiarkan pada: Oktober 18, 2023 @ 12:09pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 05:07 PM GMT+8 , Processed in 0.256146 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list