CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1889|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lawan arus: Kertas siasatan dihantar ke TPR

[Copy link]
Post time 18-10-2023 11:11 AM | Show all posts |Read mode
Lawan arus: Kertas siasatan dihantar ke TPR


Zuhainy Zulkiffli
[email protected]



LELAKI cedera selepas kereta dinaikinya dirempuh sebuah kereta yang dipandu secara melawan arus dalam kejadian di susur keluar Jambatan Pulau Pinang menghala Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu. FOTO Arkib NSTP




Georgetown: Polis sudah menyerahkan kertas siasatan kes pandu lawan arus membabitkan pemandu BMW dalam kejadian pada 2 Oktober lalu, kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin berkata, pada masa ini, pihaknya sedang menunggu maklum balas daripada pejabat berkenaan.

"Kita sudah rujuk kepada Pejabat TPR bagi cadangan menuduh pemandu terbabit atas kesalahan memandu secara melulu dan membahayakan.

"Kertas siasatan sudah lengkap, hanya tunggu maklum balas dari pejabat berkenaan.

"Wanita itu diberi jaminan polis sementara menunggu arahan pertuduhan," katanya kepada media hari ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan mengenai seorang lelaki berusia 22 tahun yang cedera selepas kenderaan dinaikinya dirempuh sebuah kereta dipandu secara melawan arus di susur keluar Jambatan Pulau Pinang menghala Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu di sini.

Dalam kejadian itu, kereta Perodua Bezza dipandu mangsa dikatakan dirempuh pemandu BMW 5 Series iaitu wanita berusia 41 tahun yang dikesan memandu secara melawan arus dari arah pusat bandar.

Mengulas lanjut Kok Chin berkata, pemandu wanita itu didapati bebas daripada pengambilan alkohol pada hari kejadian, berpandukan analisis ujian sampel alkohol yang dihantar kepada Jabatan Kimia.

"Kedua-dua mereka sudah diambil keterangan selepas dibenarkan keluar dari wad, baru-baru ini," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, Kok Chin ditemui di Majlis Pemakaian Pangkat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini.

Pada majlis itu, seramai tujuh anggota dinaikkan pangkat daripada Asisten Superintendan (ASP) ke Deputi Superintendan (DSP) serta 33 Inspektor ke ASP, membabitkanpelbagai jabatan di kontinjen berkenaan.



Disiarkan pada: Oktober 18, 2023 @ 10:51am










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 05:18 PM GMT+8 , Processed in 0.151966 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list