CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2008|Reply: 2

Lantang Bersuara Tentang Palestin, Nadhir Nasar Tak Kisah Disekat Oleh Mana-Mana Jenama

[Copy link]
Post time 17-10-2023 05:17 PM | Show all posts |Read mode
Lantang bersuara tentang Palestin, Nadhir Nasar, 27, tak bimbang jika ia memberi kesan terhadap penglibatannya dengan mana-mana jenama antarabangsa.


"Kalau ada yang rasa takut disekat oleh mana-mana jenama, apa yang saya boleh katakan semua itu hanya sementara. Apa yang kita miliki ini sementara sahaja.


Foto: IG




"Jadi perjuangan yang saya buat ini adalah untuk perjalanan saya lebih jauh lagi. Saya harus lakukan ini.


"Saya ada platform dan pengaruh. Saya perlu cakap perkara yang benar. Tak perlu takut hilang punca rezeki," katanya kepada mStar.




  



Sebelum ini selebriti terkenal dunia menerima kesan susulan sokongan mereka terhadap nasib menimpa Palestin ketika ini.


Tambah Nadhir dia tegas menyatakan pendirian kerana ia salah satu cara perjuangan membela mangsa perang.


"Apa lagi yang boleh saya buat? Kalau nak pergi berperang, adakah iman saya sudah cukup kuat? Ini sahaja cara saya untuk tunjukkan sokongan terhadap saudara Islam di sana.




  



"Kita tidak boleh bercakap soal keamanan atau hak asasi kerana ia sudah tertulis begitu. Jadi dalam isu ini kena pilih pihak mana kita sokong.


"Apabila sudah menyokong saya perlulah lantang bersuara," ujarnya.


  



Dalam masa sama pelakon ini juga tidak kisah sekiaranya ada yang anggap sokongannya itu hanya ketika isu perang sedang hangat diperkatakan.


Bagi Nadhir sedikit sokongan atau suara yang dilontar sudah cukup memberi makna dalam perjuangan membantu Palestin.


  



  



"Tak kisahlah seseorang selebriti untuk sokong bermusim. Buat baik sedikit pun sudah cukup daripada tidak melakukan apa-apa.


"Siapa yang tak buat apa-apa tindakan itu lebih teruk," jelasnya. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2023 05:31 PM | Show all posts
ahh.....Beni like dek Nadhir ni.
belakon matop
Mohon buat badan sikit ye dek.
tak yah sasa2 macam mael izani tu. geli.
asal ada berisi sket macam hun hakim tu dah hokey
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 09:42 AM | Show all posts
yesza.. rezeki ada dimana2 kalau kena boikot pon
kalau kita bagus org tetap carik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 11:15 AM GMT+8 , Processed in 0.059150 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list