CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3949|Reply: 1

[Perak] Lampu isyarat gantung bahayakan pengguna

[Copy link]
Post time 17-10-2023 12:04 PM | Show all posts |Read mode

PENDUDUK menunjukkan paras kabel lampu isyarat gantung yang semakin rendah di Jalan Ipoh-Lumut dekat Seri Iskandar di Parit. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN



PARIT: Lampu isyarat gantung pertama di negara ini yang dibina di persimpangan Felcra Nasaruddin, Jalan Ipoh-Lumut di sini dikhuatiri mengundang bahaya kepada pengguna terutama lori kerana kedudukan kabel lampu itu semakin rendah.

Disebabkan itu, lori yang membawa muatan tinggi terpaksa menggunakan kayu panjang bagi menolak kabel supaya lebih tinggi untuk dilalui oleh kende­raan tinggi.

Seorang penduduk, Jamaluddin Kassim, 66, berkata, lampu isyarat yang terletak di persimpangan ke Felcra Nasaruddin itu dibina pada 2013.

Katanya, sebelum itu tiada lampu isyarat di persimpangan itu namun apabila laluan ditambah kepada dua lorong sehala, dibina lampu isyarat di persimpangan tersebut untuk kemudahan pengguna sekali gus mengu­rangkan kemalangan.

Menurutnya, lampu isyarat gantung pertama di negara ini itu menjadi kebanggaan penduduk namun lama-kelamaan berikutan kabelnya yang semakin rendah, ia boleh membahayakan pengguna jalan raya.

“Mungkin faktor cuaca atau keadaan kabel menyebabkan lampu isyarat ini didapati semakin rendah.

“Keadaan ini menyebabkan ada lori yang tinggi, kenderaan itu tidak dapat melepasi kabelnya yang rendah.

“Ini menyebabkan ada pemandu lori terpaksa menggunakan kayu menolak kabel ke atas supaya lebih tinggi untuk dilepasi kenderaan mereka. Keadaan ini sudah tentu membahayakan.

Kami harap pihak yang berkenaan dapat melihat masalah ini untuk keselesaan pengguna jalan ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Katanya, keadaan akan lebih membimbangkan pada waktu malam kerana pemandu tidak dapat melihat kedudukan paras kabel lampu isyarat itu.

“Jika ada yang terseret kabel lampu ini keadaan tentu akan lebih buruk,” katanya.
https://www.utusan.com.my/nasion ... bahayakan-pengguna/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2023 05:32 PM | Show all posts
tinggi sangat.
above eye level
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.230481 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list