CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4533|Reply: 10

"Yang Berdoa, Buat Sumbangan Allah Sahaja Tahu," Zulin Aziz Pertahan Artis Yang Tak Post Tentang Palestin

[Copy link]
Post time 17-10-2023 12:03 PM | Show all posts |Read mode
Zulin Aziz, 33, membidas sindiran segelintir pihak yang mendakwa golongan artis tak beri sokongan terhadap saudara Islam di Palestin yang kini dizalimi tentera zionis.


Katanya setiap orang mempunyai cara tersendiri selain tidak bersetuju dengan andaian bahawa seseorang itu tidak menyokong Palestin hanya kerana tidak memuat naik sebarang ‘post’ di media sosial.


Foto: IG




“Memang lain orang lain cara. Tak post tak bermakna tak sokong dik. Yang berdoa, yang membuat sumbangan secara senyap pun sokong, Allah saja tahu. Betul lah tu.


“Tapi minta jasa baik awak-awak yang ada pengikut banyak itu sebarkan. Sebab awak-awak ini ada banyak pengikut. Awak banyak pengikut dan berpengaruh dik.


“Bukan suruh tunjuk awak buat sumbangan dan tunjuk pada satu dunia awak bagi sumbangan. Ini bukan kes nak menunjuk, mampu atau tak mampu. Tetapi kita minta awak muat naik pasal Palestin sebab di luar sana tu macam-macam Israel ini buat fitnah,”katanya di IG.




  



Ia dipercayai bagi membalas sindiran beberapa pihak yang tidak berpuas hati dengan golongan artis dan selebriti tempatan yang dituduh seakan ‘malu’ menyokong Palestin di media sosial.


Zilin percaya bahawa menerusi platform media sosial, sesiapa sahaja dapat membantu rakyat Palestin yang ditindas dengan menyebarkan kebenaran.


  



“Kita tak mampu pergi perang, tetapi di media sosial ini pun kita boleh bantu. Kita boleh jadi askar di media sosial ini untuk sebarkan kebenaran. Kita boleh berdiam sebab dalam diam, dalam doa kita bantu,betul.


“Tapi kalau kita ada kelebihan apa salahnya kita sebarkan melalui media ini,kan?”katanya.


Dalam pada itu, Zulin berkata, dia juga tidak bersikap memaksa berhubung pendirian siapa menyokong atau tidak.




  



Namun, katanya, lebih baik semua pihak bersikap lebih terbuka hati selain mengelak sebarang pergaduhan yang berakhir dengan kata caci dan maki sesama pengguna di media sosial.


“Sepanjang saya muat naik bahan di Instagram Story atau feed, ramai pengikut yang repost. Itu yang kita nak dik.Apa kita buat,kadang orang ikut, kadang orang terbuka hati,kita hanya menyampaikan. Mereka dapat, mereka pula sampaikan.Itu tujuan dia dik.


  



“Berlapang dada dan cuba fahamkan. Tak marah, tak paksa. Kalau terbuka hati Alhamdulillah. Sekadar pendapat. Tak setuju,abaikan.Terpulanglah. Jangan pula kita herdik caci maki sesama kita. Doakan semoga lebih ramai lagi terbuka hati untuk sama-sama berjuang di media sosial ini,”katanya. -CARI


Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2023 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Alah kau jugak yang merentan ada orang famous tak show support.. aiyo
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 12:12 PM | Show all posts
sheolls fefeeling amnesia ke apa...haritu cakap lain, ni lain pula

dasarrrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 12:13 PM | Show all posts
sheolls fefeeling amnesia ke apa...haritu cakap lain, ni lain pula

dasarrrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Ehhh dia dementia ke? Semalam statement dia lain kann? [em:24:]
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 01:00 PM | Show all posts
dia nie bewookkk ekkk..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2023 02:05 PM | Show all posts
Ibadah, sedekah kita..lebih afdal dan dapat keberkatan kalau kita tak war2 kan kat orang. Tu di panggil meriak dah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 10:39 AM | Show all posts
tadi iols nampak cite ni i tk bukak patu keep scrolling patu nampak zulin aziz kecam influencer bla bla bla.. patu iols scroll atas balik.. eh bekap pulakkk? mana satu yihhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2023 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
akuHavocczz replied at 17-10-2023 12:06 PM
Alah kau jugak yang merentan ada orang famous tak show support.. aiyo

Kan.. sampai gelabah semua influencer artis bagai share gak laa kat feed pasal palestine dek mulut retis sorang nih

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 11:10 AM | Show all posts
Aikkk....delulu ke kak?
Hari tu selar artis yg tak tu njuk support
Halahai....seketul Zulin Aziz
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 11:15 AM | Show all posts
belit la statement dia ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.311349 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list