View: 4790|Reply: 8
|
Lesung Pipit Tom Fake "Bertindik Terlalu Lama Masa Zaman Jahil Dulu"
[Copy link]
|
|
Tom mengaku bentuk lesung pipit pada wajahnya bukanlah semula jadi sebaliknya ia adalah kesan melakukan tindik pada bahagian pipi sebelum ini meskipun ia telah ditanggalkan.
"Memang fake pun, buka semula jadi. Dulu saya suka bertindik, ketika zaman-zaman 'jahiliah'. Salah satunya di sini (pipi).
Foto: IG
“Saya tak malu nak mengaku memang fake pun.
"Apabila pakai tindik terlalu lama ia akan membuatkan tisu rosak dan jadi lesung pipit seperti ini. Ia akan kekal sampai bila-bila," katanya di Insta Story.
Dia juga turut memberitahu mukanya sebelum ini penuh kesan tindik termasuk di bahagian hujung kening.
Menurut Tom kesan pada pipi itu menyebabkan lesung pipitnya akan sentiasa kelihatan meskipun bukan dalam keadaan tersenyum.
“Senyum atau tidak memang akan nampak. Kalau semula jadi, lesung pipit tidak akan nampak sekiranya tidak senyum,” ujarnya.
Peserta program Famili Duo musim ketiga (FD3) memberitahu dia menjawab perkara tersebut selepas ramai yang bertanya tentangnya.
Selain kelihatan manis memiliki lesung pipit, ramai juga mula meragui bentuk wajahnya itu kerana jelas kelihatan seperti tidak normal.
“Ramai sangat yang bertanya. Ada yang kata cantik, ada yang nak tahu fake atau tidak.
“Saya dah jawab ini, jangan gaduh-gaduh ye,” jelasnya. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
At least dia mengaku dia oernah modified muak dia...aku nyanpah betul kalo retis xngaku |
|
|
|
|
|
|
|
k lah, semua manusia layak peluang kedua. semoga terus maju dan bahagia bersama keluarga tercinta |
|
|
|
|
|
|
|
ada gak kelebihan bertindik bukan di telinga ni ek?
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa beza tom zaman jahiliah dulu dgn sekarang? Sama je.. Takde berubah pun |
|
|
|
|
|
|
|
dewi_rina replied at 17-10-2023 02:38 PM
Apa beza tom zaman jahiliah dulu dgn sekarang? Sama je.. Takde berubah pun
Ada yg berubah
Dulu netizen xsuka dia
Skang dah nmpk suci, ramai sokong dia
Dok shweet2 ngn abe fuad |
|
|
|
|
|
|
|
Tetap je ramai tak suka, yg suka pun fans poad yg terpaksa berpura-pura terima tom
Kira dari fans dia 100, skrg dah naik jadi 50
Tahniah ada perubahan
|
|
|
|
|
|
|
|
You've done an excellent job. I will undoubtedly enjoy it and will recommend it to my friends. I am convinced that you will Drift Boss benefit from this site. |
|
|
|
|
|
|
|
menipu ah.
bukan sebab bertindik jadi lesung pipit tu
sebab dia memang buat treatment buat lesung pipit palsu pun.
podahhhhh |
|
|
|
|
|
|
| |
|