Melihat hubungan baik yang terjalin antara Sharnaaz Ahmad dan bekas isterinya, Noor Nabila, rata-rata ramai netizen yang mengharapkan agar mereka kembali bersatu sebagai suami isteri.
Menerusi sebuah hantara baharu, video yang dimuatnaik oleh Sharnaaz memaparkan dirinya, Nabila dan anak mereka, Jebat Jayden mencuri terus mencuri tumpuan warga maya.
Walaupun video tersebut hanyalah promosi produk berasaskan makanan namun wargamaya tidak henti-henti mendoakan agar Sharnaaz dan Nabila selain menyifatkan jodoh di antara aktor dan kakak kepada Neelofa itu sangat kuat.
"Tolong abang (Sharnaaz) bersatu semua dengan akak (Nabila). Nampak jodoh korang kuat sangat.""
Kami sokong rujuk balik."
"Get back la, saya suka tengok korang berdua."
"Rujuk balik, janji bahagia. Ego tolak tepi. Bahagia sama-sama." tulis beberapa komen.
Bagaimanapun, usahawan berumur 39 tahun itu mencelah di ruangan komen dengan memohon agar orang ramai mendoakan untuk kebaikan anak lelakinya sahaja.
Kata Nabila, dia dan Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad sudah mengikut haluan masing-masing serta mempunyai kehidupan sendiri.
Sebelum itu, Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat yang kini berusia lima tahun.
Sumber: Oh Bulan