CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3159|Reply: 2

"Syaiful Dan Sharif Menyanyi Bukannya Bagus Sangat,"-Mas Idayu

[Copy link]
Post time 17-10-2023 09:16 AM | Show all posts |Read mode
Mas Idayu teruja melihat persembahan minggu pertama duo adik-beradik kumpulan Zero iaitu Syaiful dan Sharif.


Mas Idayu kata, eserta lain yang bergelar penyanyi harus berasa gentar dengan kreativiti yang dihasilkan oleh pelawak yang menyertai program berkenaan.


Foto: IG




"Kita sekarang ini ada dua pasangan pelawak, mungkin kita fikir mereka tidak boleh lawan vokal penyanyi hebat tapi dalam program ini penyanyi yang perlu takut.


“Apabila dilihat kesungguhan juara mingguan, yang lain perlu berjaga-jaga walaupun di atas pentas mereka kata takut dengan penyanyi lain.


"enyanyi lain boleh ke buat macam pelawak-pelawak itu, buat persembahan penuh kreativiti dan faham apa yang juri nak. Saya harap semua peserta memahami konsep program ini," katanya kepada mStar.




  



Sementara itu juri tetap program Famili Duo 2023 ini mengakui nyanyian mereka tidaklah sebagus yang dibayangkan, namun usaha ditunjukkan membuatkan mereka layak memperoleh kemenangan itu.


"Syaiful dan Sharif menyanyi bukannya bagus sangat tapi... saya nampak dia kerja keras. Dia nak masuk dalam dunia (nyanyian) kita, jadi dia berkerja keras.


"Mereka berusaha menyanyi termasuklah soal pakaian walaupun huru-hara,"ujarnya.


Dalam pada itu, Mas berkata dia teruja dan tidak sabar untuk menyaksikan persembahan dua beradik ini pada konsert minggu depan.




  



Malah Mas memuji Sharif dan Syaiful kerana dilihat seakan-akan mencabar diri memilih tema cinta yang mungkin menjadi cabaran buat mereka.


"Untuk minggu depan mereka pilih lagu cinta... kita nak tengok segala-galanya dari atas sampai bawah.


"Sama ada mereka bawa karakter ataupun macam mana... itu yang saya berkobar-kobar pada minggu depan," luahnya.


Sementara itu, seorang lagi juri iaitu Ajai atau Mohd Faizal Maas, 48, turut berkongsi pendapat sama dengan Mas Idayu.




  



Katanya, matlamat program ini tercapai apabila terdapat peserta yang mempunyai kreativiti dalam persembahan.


"endapat saya juga hampir sama, bagi saya peserta yang mempunyai kerjaya sebagai penyanyi perlu ada sedikit usaha sebab mereka ini belum nampak konten yang bakal dipersembahkan nanti.


"Bagi saya kelebihan program ini pada mereka yang mencipta konten. Ini kerana ada antara mereka miliki YouTube atau TikTok, jadi mereka ada idea dan nampak matlamat program ini iaitu kreativiti dalam persembahan," ujarnya.


Pada persembahan minggu pertama, Sharif dan Syaiful muncul sebagai juara mingguan dengan markah sebanyak 55.4 peratus.


Kejayaan itu melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.


  



Sementara itu, Shila dan adiknya iaitu Syahir berjaya mendapat tempat kedua dengan markah sebanyak 49.1 peratus.


Tempat ketiga pula milik Ryan dan Adam Bakery dengan 42.2 peratus, Tom dan Fuad (41.3), Haqiem Rusli dan Ariff Bahran (37.8) serta Adira dan Emma Suhaimi (36.2).


FD3 bersiaran langsung setiap hari Ahad, pukul 9 malam di TV3 dan Tonton. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2023 10:56 AM | Show all posts
Mcm le dia nyanyi bagus sgt
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Payment bagus
(perli stesen tv satu lagi)

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.053547 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list