CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 588|Reply: 0

[Borneo] Naikkan upah pekerja jika syarikat untung

[Copy link]
Post time 16-10-2023 10:13 PM | Show all posts |Read mode


PUTRAJAYA: Syarikat swasta yang memperoleh keuntungan yang tinggi setiap tahun, disaran meningkatkan kadar upah pekerja mereka secara munasabah.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sektor swasta harus menyambut signal dari sektor kerajaan, yang sedang dalam proses menyiapkan Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam.

Kerajaan masih mampu menyediakan Bayaran Insentif Awal kajian tersebut sebanyak RM2,000 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah, termasuk lantikan kontrak, dan RM1,000 untuk pesara kerajaan, biarpun dalam kekangan kewangan yang sedang melanda negara katanya lagi.

“Untuk sektor swasta, kajian dari Jabatan Statistik Negara (DOSM) menunjukkan ada peningkatan produktiviti, tetapi kadar upah itu sangat sederhana. Jadi (seolah-olah) tidak memberi satu galakan kepada golongan pekerja.

Anwar meminta syarikat swasta yang untung sehingga RM400 juta setahun boleh menaikkan upah pekerja.

Anwar berkata demikian semasa Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.053611 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list