CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 574|Reply: 0

[Borneo] Tanah seluas 4,839 hektar di Sabah, Sarawak dijadikan kawasan penanaman padi

[Copy link]
Post time 16-10-2023 09:57 PM | Show all posts |Read mode


Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memajukan tanah seluas 4,839 hektar di Sabah dan Sarawak untuk dijadikan kawasan penanaman padi, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata ia melibatkan tanah seluas 2,159 hektar di Sabah iaitu di Beluran dan Kota Belud, manakala 2,680 hektar di Sarawak melibatkan kawasan Batang Lupar.

“Lima puluh ribu hektar dimaksudkan itu perancangan jangka panjang, tetapi setakat ini seluas 4,839 hektar telah disahkan untuk dibangunkan (penanaman padi) di Sabah dan Sarawak,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Semporna) mengenai lokasi dan peruntukan yang terlibat bagi projek penanaman padi di kawasan seluas 50,000 hektar di Sabah dan Sarawak.

Ahmad Zahid berkata perbincangan telah diadakan bersama Premier Sarawak dan Ketua Menteri Sabah berkenaan perkara itu yang antara lain bertujuan mempertingkatkan tahap sara diri (SSL) negara, sekali gus meningkatkan produktiviti padi dan beras negara.

Beliau berkata Felcra Berhad telah dipertanggungjawabkan untuk membangunkan estet padi berskala besar di kedua-dua negeri itu berikutan kejayaannya dalam memajukan kawasan tanaman padi seluas lebih daripada 4,500 hektar di Seberang Perak.
“Felcra telah meminjam sebanyak US$50 juta daripada Bank Dunia ketika membangunkan estet padi Seberang Perak dan semua sudah dibayar. Seluas 4,500 hektar telah dibangunkan, penghasilan sebanyak lima metrik tan per hektar melibatkan 22 ,500 metrik tan semusim,” katanya.

Menjawab soalan Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib (PN-Maran) mengenai tanah terbiar  untuk dibangunkan, beliau berkata Felcra juga akan melihat beberapa potensi untuk meningkatkan keterjaminan makanan lain selain padi, umpamanya ayam, telur dan daging.

“Terdapat kategori tanah-tanah di bawah Felcra, tanah yang kurang digunakan atau pun tidak digunakan ini kita majukan. Ertinya kita menjadi agensi yang melengkapkan terhadap ketidakcukupan makanan.

“Ini akan memberikan keberhasilan bukan hanya kepada peneroka tapi kepada negara kerana kita akan membantu pengurangan import bahan makanan yang kosnya semakin meningkat dan ini akan memberikan kadar pertukaran yang tidak memihak kepada kita,” katanya.

Beliau berkata kerjasama antara kementerian dan agensi juga akan diberi keutamaan dalam hal ini agar tidak lagi bekerja secara berasingan dalam memastikan usaha meningkatkan keterjaminan makanan negara dapat dicapai. - BERNAMA



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.064960 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list