CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 443|Reply: 0

[Sabah] Lanjutan pengecualian cukai bagi wanita kembali bekerja satu pengiktirafan

[Copy link]
Post time 16-10-2023 09:51 PM | Show all posts |Read mode


REDONAH

KOTA KINABALU: Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) menyifatkan Belanjawan 2024 yang melanjutkan pengecualian cukai bagi wanita kembali bekerja sebagai satu pengiktirafan terhadap sumbangan golongan itu kepada negara.

Ketuanya, Datuk Redonah Bahanda (gambar) berkata, pengecualian cukai yang diteruskan sehingga 31 Disember 2027 itu menjadi insentif atau galakkan kepada wanita untuk menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara.

"Adalah diharap dengan pengumuman itu akan meningkatkan penyertaan wanita untuk kembali aktif bekerja dalam mana-mana sektor yang bersesuaian.

"Peranan dan tenaga wanita amat penting bukan sahaja membantu pendapatan suami dan keluarga tetapi juga menyumbang kepada perkembangan ekonomi semasa," katanya.

Beliau mengulas mengenai pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa membentangkan Belanjawan 2024 yang menyatakan kerajaan melanjutkan pengecualian cukai bagi wanita yang kembali bekerja sehingga 31 Disember 2027.

Redonah dalam pada itu turut menyambut baik keputusan kerajaan meningkatkan had pengecualian cukai pendapatan ke atas elaun penjagaan anak oleh pekerja atau dibayar terus oleh majikan kepada pusat jagaan kanak-kanak daripada RM2,400 kepada RM3,000.

Sementara mengulas mengenai peruntukan RM1.2 bilion kepada orang kurang upaya (OKU), Redonah berharap nasib golongan berkenaan akan lebih terbela baik dalam aspek kebajikan, pendidikan atau peluang pekerjaan.

"Kita berharap peruntukan ini dapat membuka peluang melatih OKU dengan kemahiran-kemahiran yang sesuai termasuk dalam bidang keusahawan.

"Sementara bagi OKU yang terlantar dan tidak upaya bekerja pula kebajikan mereka lebih terjamin khususnya dalam aspek penjagaan, makanan dan ubatan," katanya.

Mengenai peruntukan RM6.6 bilion untuk negeri Sabah, Redonah berkata kenaikan peruntukan pembangunan kepada RM6.6 bilion menerusi Belanjawan 2024 sebagai manifestasi dokongan Kerajaan Perpaduan untuk menyeimbangkan pembangunan di antara wilayah Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Secara keseluruhannya beliau menyifatkan Belanjawan 2024 sebagai 'belanjawan merakyat' kerana meletakkan kepentingan rakyat sebagai fokus dan teras keutamaan.

Katanya, intipati Belanjawan 2024 jelas menunjukkan komitmen Kerajaan Perpaduan yang menjurus ke arah mengurangkan kemiskinan dan merapatkan jurang pendapatan di negara ini.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.058581 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list