CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 415|Reply: 0

[Sabah] Bapa ugut anak guna pisau dihukum penjara 12 bulan

[Copy link]
Post time 16-10-2023 09:44 PM | Show all posts |Read mode


BERSALAH: Tertuduh diiring keluar untuk menjalani hukuman penjara selepas prosiding mahkamah dijalankan.

TAWAU: Seorang bapa dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah melakukan ugutan jenayah terhadap anaknya, Ogos lalu.

Majistret Don Stiwin Malanjun menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh berusia 32 tahun atas pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Menurut pertuduhan, tertuduh yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri didakwa melakukan perbuatan itu pada 4 Ogos lepas kira-kira jam 9 pagi di sebuah rumah di Jalan Tiku.

Tertuduh telah melakukan ugutan jenayah terhadap anak lelakinya yang berusia 13 tahun untuk menakutkannya dengan mengacukan sebilah pisau.

Difahamkan tertuduh dipercayai melakukan perbuatan itu susulan terdengar satu bisikan, namun tertuduh disahkan tidak mengalami isu kesihatan mental.

Tertuduh dalam rayuannya memohon supaya hukumannya diringankan dengan alasan telah insaf dan menyesal dengan perbuatannya itu.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh dipenjara selama 12 bulan dan hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh tangkapan 4 Ogos lalu.

Kes pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Nur Intan Jamrin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.062012 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list