CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1761|Reply: 8

Ibnor Riza Menangis Pak Nil Serah Wang Sumbangan RM20,000

[Copy link]
Post time 16-10-2023 08:12 PM | Show all posts |Read mode
Datuk Aznil Nawawi menyerahkan wang tunai sebanyak RM20,000 hasil kutipan bagi membantu merawat penyakit kanser limfoma yang dihidapi Ibnor Riza.


Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil, 61, berkata dia berjaya mengutip sebanyak RM19,488, namun menggenapkan jumlah sumbangan menjadi RM20,000.


Foto: IG




"Saya akan transfer duit RM20,000 ini ke dalam akaun abang dan gunakanlah untuk rawatan abang.


"Jumlah sebenar yang kami berjaya kutip adalah RM19,488 tapi saya lengkapkan kepada jumlah RM20,000," katanya di IG.


Menerusi perkongsian video berkenaan, Ibnor, 62, dilihat tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata ketika bertemu dengan Aznil.


Aznil bagaimanapun menasihatkan penyanyi lagu Mimpi Yang Tak Sudah itu untuk tidak terus bersedih kerana bimbang akan menganggu tahap kesihatannya menjadi lebih teruk.


Kata Aznil, dia hanya menjalankan tanggungjawab sebagai rakan artis dalam membantu penggiat seni yang berada dalam kesusahan.




  



"Abang jangan runsing... jangan sedih-sedih. Abang tahu tak, salah satu ubat untuk sihat adalah jangan stres.


"Kalau abang stres dan sedih, ia tidak akan membantu rawatan abang.


"Abang tanggungjawab saya... saya dalam bidang abang. Kalau saya nak beri duit saya sendiri pun tidak sebanyak yang saya mampu."


Sementara itu, Ibnor turut mengucapkan terima kasih kepada Aznil dan orang ramai yang ikhlas memberikan sumbangan meringankan bebannya.


Ibnor juga mendoakan agar Aznil terus diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dimurahkan rezeki.


"ertama kali saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Pak Nil kerana telah membuatkan satu kerja amal yang amat bermakna bagi saya.


"Terima kasih juga kepada semua penyumbang yang sudah membuat sumbangan.


"Semoga Allah akan memberikan ganjaran dan membalas segala kebaikan ini di dunia dan di akhirat... semoga Pak Nil terus murah rezeki, sihat tubuh badan dan berjaya setiap masa," katanya.


Aznil sebelum ini berkata dia terbuka hati mengadakan kutipan sumbangan membantu Ibnor selepas bertemu penyanyi itu di majlis sambutan ulang tahun mStar ke-18 dan pelancaran program baharu mStar Baek pada 26 September lalu.


Kata Aznil, penderitaan Ibnor melalui proses kemoterapi akibat kanser limfoma membuatkan dia terbuka hati agar dapat membantu meringankan beban Ibnor dalam merawat penyakitnya. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2023 08:18 PM | Show all posts
bagusnya paknil...
semoga semuanya dipermudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga dipermudahkan urusan abg ibnor, cepat sembuh dan murah rezeki. Hanya Allah swt yang dapat membalas jasa Pak Nil
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 02:22 PM | Show all posts
Bagus pak nil..
Kalau divah aa kene kanser paknil nak buat kutipan tak? #tanyajer
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jfq at 17-10-2023 03:00 PM

Bagus. Tak ambik 30 persen mcm ngo2 yg buat so-called donation drive
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2023 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
KamikuP replied at 17-10-2023 02:22 PM
Bagus pak nil..
Kalau divah aa kene kanser paknil nak buat kutipan tak? #tanyajer

Mintak direct dgn jemin.

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 03:37 PM | Show all posts
moga dipermudahkan urusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2023 03:58 PM | Show all posts
Teruknya artis2 skang
Lifestyle mewah
Tapi kedekut nak derma kat org dalam bidang sama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 05:31 PM GMT+8 , Processed in 0.061251 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list