CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 472|Reply: 0

[Perlis] 2 rakan dituduh edar 20kg ganja

[Copy link]
Post time 16-10-2023 06:06 PM | Show all posts |Read mode
Kangar: Dua rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengedar 20 kilogram ganja di Arau pada 4 Oktober lalu.

Mohamed Azlan Shah Abdul Jaafar, 28 dan Fauzan Faris Mohamad Fadzli, 27 yang masing-masing bekerja sebagai buruh kasar dan pekerja pusat hiburan itu hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ana Rozana Mohd Nor.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didapati mengedar seberat 20 kilogram ganja di persimpangan lampu isyarat Politeknik Ulu Pauh, Lebuh Raya Kuala Perlis-Changlun di Araubjam 4.30 petang.

Oleh demikian, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang 12 sebatan jika tidak dihukum dengan hukuman mati.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Atikah Ab Rashid manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada jaminan ditawarkan dan mahkamah menetapkan tarikh 17 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes serta menunggu keputusan laporan kimia.

Pada 4 Oktober lalu, sebanyak 20 ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja bernilai RM62,000 dirampas selepas polis memberkas dua lelaki dalam sebuah kereta di Lebuh Raya Kuala Perlis-Changlun di Arau.

Siasatan mendapati ganja itu diperoleh dari Thailand dan dibawa masuk ke negara ini menerusi jalan laut di kawasan Sungai Baru di Simpang Empat, Kangar.

Bekalan ganja itu kemudian diambil oleh dua lelaki berkenaan menggunakan kereta untuk dibawa ke Pulau Pinang sebelum dipasarkan di pasaran negeri itu.



Azlan Shah (berkemeja T hijau) dan Fauzan (berkemeja T hitam) diiringi polis di Kompleks Mahkamah Kangar. FOTO AIZAT SHARIF

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... duh-edar-20kg-ganja

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.058584 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list