View: 1187|Reply: 9
|
Mas Idayu Dah Tak Garang, Lebih Lemah Lembut
[Copy link]
|
|
Mas Idayu dilihat lebih lembut dan tidak garang semasa menjadi juri Famili Duo 3 (FD3).
Katanya ketika ini dia sedang belajar mengawal diri daripada mengeluarkan sebarang komen atau kritikan pedas yang mungkin boleh menggores hati peserta.
Foto: IG
"Saya cuba sebenarnya tapi macam tak jadi sahaja. Tapi bila saya macam itu (lembut) saya nampak macam orang lain sikit.
"Saya cuba kerana di depan saya itu adalah adik-adik saya semua, jadi saya cuba supaya tidak jadi seperti tahun lepas... tak ketara nak menangis semua.
"Saya tahu bukan semua orang boleh terima kritikan pedas... ada yang tak boleh," katanya kepada mStar.
Meskipun sedang belajar mengawal diri, Mas berkata ada kalanya dia mungkin perlu tegas dalam program berkenaan kerana mahu melihat ada perubahan daripada peserta.
Namun dia hanya akan menggunakan pendekatan berkenaan sekiranya peserta tidak menggunakan nasihat yang diberi dengan betul.
"Tapi kalau saya jadi diri saya sebenarnya lebih baik untuk mereka tapi kalau saya tak jadi seperti itu takut mereka pula yang sebaliknya.
"Kalau peserta masih main-main mungkin saya akan jadi diri saya kembali. Hilang juga sabar kalau tak betul," katanya lagi.
Sementara itu, Mas berharap kesemua peserta FD3 bersedia untuk menerima sebarang komen yang diberikan juri walaupun ia dalam nada yang tegas dan pedas.
Malah, teguran dan kritikan juri itu diberikan berdasarkan pengalaman mereka sepanjang berkecimpung dalam industri seni.
"Jangan fikir bagus dan tidak bagus, sebab kalau bagus jangan masuk pertandingan. Kalau tak boleh terima kritikan, baik duduk saja dan buat persembahan bila ada orang panggil.
"Tapi bila masuk pertandingan peserta adalah adik dan juri pula adalah kakak. Jadi adik kena dengar kata kakak.
"Sepanjang 35 tahun dah lalui macam-macam, jadi kalau saya dan Ajai memberikan komen ia adalah berdasarkan pengalaman kami. Tidak kiralah juri bagus ke tak bagus peserta kena dengar. Markah di tangan juri," ujarnya.
Pada persembahan minggu pertama itu, Shila dan Syahir berjaya mendapat tempat kedua dengan markah sebanyak 49.1 peratus.
Manakala pasangan adik-beradik Sharif dan Syaiful pula muncul sebagai juara mingguan dengan markah sebanyak 55.4 peratus.
Kejayaan itu melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.
Tempat ketiga pula milik Ryan dan Adam Bakery dengan 42.2 peratus, Tom dan Fuad (41.3), Haqiem Rusli dan Ariff Bahran (37.8) serta Adira dan Emma Suhaimi (36.2).
FD3 bersiaran langsung setiap hari Ahad, pukul 9 malam di TV3 dan Tonton. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
Sibaiii sangat..bingittt gileeee kekdahnya..sheshemakk ajee noksss
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nolya at 16-10-2023 03:00 PM
Kekok nampak bila Mami tak garang. Hahaha..... Iye lah, bila Mami tak garang, hilang identiti Mami yg sebenarnya. Tak pe lah Mami, sealiran umur yg meningkat lebih dewasa matang, kontrol2 lah sikit. Cuma garang Mami yg dahulu memang 'garang mak tiri' dn tak semua orang boleh terima kerana yg dimarahi bukan anak2 kecil. Ada air muka yg harus dipertahankan. Walaupun dlm garang ada sayang, tapi biarlah cara menegur ada hati yg terlentur. Apapun, mudah2an Mami akan jadi seorang juri yg lebih berhemah menasihat dn garang yg bertempat. |
|
|
|
|
|
|
|
faktor usia agknye dah penat memekik |
|
|
|
|
|
|
|
ke nak jaga periuk nasi???almaklum... |
|
|
|
|
|
|
|
Dia bukan sedap pun menyanyi...knp dia jadi juri...pelik2 betul juri kat Malaysia ni |
|
|
|
|
|
|
|
Bila rating tak naik, nanti adalah drama jerit sana jerit sini. |
|
|
|
|
|
|
|
dpt job juri pon sebab laki orang kuat tv3 |
|
|
|
|
|
|
|
Eloklah. Kau nyanyi bukan sedap mana. Ilmu muzik pun macam takde. Rilek2 sudah takyah bertempik tempik macam gorila lapar |
|
|
|
|
|
|
|
Pada persembahan minggu pertama itu, Shila dan Syahir berjaya mendapat tempat kedua dengan markah sebanyak 49.1 peratus.
Manakala pasangan adik-beradik Sharif dan Syaiful pula muncul sebagai juara mingguan dengan markah sebanyak 55.4 peratus.
Motip sebut yang no 2 dulu baru yg jadi juara? |
|
|
|
|
|
|
| |
|