CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 632|Reply: 1

[Kedah] 'Sedih kenangkan rakan, jiran terkorban'

[Copy link]
Post time 16-10-2023 10:34 AM | Show all posts |Read mode
'Sedih kenangkan rakan, jiran terkorban'


Noorazura Abdul Rahman
[email protected]



Hamza Nasri M Alifranji, 19, pelajar Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Utara Malaysia (UUM). FOTO Ihsan UUM




Alor Setar: Sejak serangan Hamas ke atas Israel bermula 7 Oktober lalu, penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak pernah lupa untuk berhubung dengan ahli keluarganya di Palestin.

Hamza Nasri M Alifranji, 19, yang melanjutkan pengajian sarjana muda perakaunan berkata, hampir setiap jam dia akan menghubungi mereka untuk mengetahui perkembangan dan utamanya, mahu tahu keselamatan mereka.

Katanya, ada ketikanya dia terpaksa menunggu lama sebelum mendapat balasan daripada mereka yang berada di bandar Rimal, selain menghubungi rakan sekiranya gagal mendengar perkembangan keluarga.

Menurutnya ketika ini keluarganya tidak lagi tinggal di dalam rumah sebaliknya berlindung di kawasan parkir.

"Sekarang arahan dikeluarkan supaya penduduk Gaza mengosongkan kediaman masing-masing tetapi keluarga saya tidak berpindah kerana mereka tidak mahu 'nakba' berulang. Insya Allah mereka akan selamat.

"Saya berdoa kemelut atau perang yang melanda ini akan berakhir dan rakyat Palestin selamat. Saya juga berharap kami dapat membina semula negara.

"Negara yang bolehkan kami tinggal bersama keluarga tanpa sebarang tekanan, takut, risau dan aman," katanya yang sudah menyaksikan peperangan sejak berusia empat tahun.

Israel pernah menyerang Rimal dalam perang terakhir di Gaza pada 2021, bagaimanapun serangan kali ini lebih berskala besar yang merosakkan banyak harta benda.

Katanya, dia sendiri pernah melihat pangsapuri jirannya musnah akibat letupan bom yang jaraknya 300 meter dari tempatnya.

Tekadnya selepas tamat pengajian nanti, dia mahu kembali ke Palestin dan berbakti kepada negaranya dan mendidik anak bangsa.

"Saya berterima kasih kepada rakyat di negara ini yang sangat baik dan saya sudah menganggap Malaysia sebagai rumah kedua saya," katanya yang juga anak kepada Nasri M Alifranji, 55, seorang doktor gigi, dan Rima Alrayes, 49, suri rumah.

Seorang lagi penuntut Palestin di UUM, Islam Mohammed Hashim Alhadmi, 21, berkata, dia sedih mengenangkan nasib keluarga dan rakyat Palestin ketika menghadapi peperangan ini.

Katanya, tambah sedih apabila mengetahui ada rakan dan jirannya sudah terkorban.

"Saya harap Palestin akan bebas dan kami dapat menjalani kehidupan sebagai orang biasa, hidup tanpa gangguan dari orang asing dan mendapatkan kembali tanah serta rumah yang dimiliki nenek moyang," katanya yang menuntut bidang keusahawan.



Disiarkan pada: Oktober 16, 2023 @ 10:17am








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-10-2023 10:46 AM | Show all posts




Antara gambar kemusnahan yang dikongsi pelajar Palestin di UUM akibat serangan tentera Zionis di Gaza. - Foto Ihsan UUM





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 06:09 PM GMT+8 , Processed in 0.356371 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list