CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6699|Reply: 0

[Sabah] Bincang masalah guna saluran tepat, bukan media sosial

[Copy link]
Post time 15-10-2023 08:35 PM | Show all posts |Read mode


SERAHKAN: Ronnie (tengah), Soh (kiri) dan Aloysius ketika hadir ke Istana Seri Kinabalu.

KOTA KINABALU: Gunakan saluran tepat berbincang mengenai masalah dalaman parti dan bukannya menggunakan media sosial.

Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik Datuk Ronnie Loh berkata, kenyataan salah seorang pemimpin parti utama negara ini mengenai penganugerahan gelaran 'Datuk' kepada Dua Wakil Rakyatnya di Sabah seolah-olah memandang rendah anugerah darjah kebesaran itu.

"Pemimpin ini harus memohon maaf kepada Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Sabah kerana tindakan berkenaan adalah sesuatu yang biadap dan memalukan rakyat Sabah.

"Berikutan itu, saya bersama seorang pemimpin veteran Datuk Aloysius Mobijin dan Datin Soh Kee Suat telah hadir ke Istana Seri Kinabalu untuk menyampaikan sepucuk surat kepada TYT agar mengambil tindakan terhadap pemimpin berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini, kelmarin.

Beliau berkata, ini adalah kali kedua pemimpin berkenaan bertindak biadap dengan menggunakan media sosial sebagai saluran untuk menyuarakan perkara terbabit. Ia sepatutnya dibincangkan secara dalaman parti.

"Anugerah ini dianugerahkan sempena sempena Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin.
"Dua wakil rakyat parti itu dianugerahkan pingat Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran ‘Datuk’," katanya.

Katanya, pemimpin berkenaan sepatutnya berterima kasih kepada TYT diatas penganugerahan itu.

Menurutnya, kenyataan seumpamanya juga mampu menjejaskan perpaduan yang sedia terjalin diantara semua kaum serta etnik di Sabah.

Soh dalam pada itu berkata, pemimpin berkenaan seharusnya sedar mengenai tindakan yang dilakukan dan harus dihentikan.

"Sebagai anak jati Sabah, saya berharap perkara seumpamanya tidak lagi berulang untuk kali ketiga," katanya.

Aloysius,80, yang pernah berkhidmat dengan British North Borneo Police satu ketika dahulu dan Polis Diraja Malaysia, turut berasa kecewa dengan kejadian berkenaan kerana ia terjadi untuk kali kedua.

"Beliau tidak mahu ahli partinya menerima anugerah dari TYT, dan perkara itu seharusnya dibincangkan secara dalaman.

"Kenyataan terbuka itu dilihat tidak menghormati Ketua Negeri ini," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.055844 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list