View: 4293|Reply: 31
|
To'Ki Keluar Parang Sebab Nak Pertahan Diri, Tuan Rumah Datang Berkumpulan Pada Tengah Malam
[Copy link]
|
|
Penyanyi popular era 90-an, To'ki atau Mohd Zaki Mansur, 58, menjelaskan dia bertindak mengeluarkan sebilah parang sebagai pelindung diri memandangkan tuan rumah datang secara berkumpulan.
Katanya, dia rasa terancam, mereka datang pada waktu tengah malah untuk menghalaunya keluar daripada rumah tersebut selain dipanggil penggemis.
"Bayangkan apabila tuan rumah datang pukul 12 tengah malam bawa orang ramai depan rumah memanggil saya penggemis... Kenapa cakap macam tu?
"Saya mesti lindungi keluarga saya, ibu mentua saya kena strok dua tahun.
"Kalau tengah malam datang nak halau saya sampai bawa enam ke lapan orang... untuk lindungi diri saya ambil parang," katanya.
To'ki membuat penjelasan itu menerusi program hiburan Melodi yang disiarkan pada Ahad.
Dalam pada itu, To'ki memberitahu dia cuma culas membayar sewa selama dua bulan memandangkan tidak dapat bekerja kerana perlu menjaga ibu mentuanya yang sakit.
Malah penyanyi itu turut menafikan dakwaan dia juga tidak membayar bil elektrik yang didakwa mencecah RM6,000.
"Setiap manusia ada jatuh dan bangun. Sebelum ini saya bayar, cuma dua bulan terakhir ini saya tidak bayar rumah sewa kerana saya jaga mentua.
"Dengan keadaan ekonomi (sekarang), saya bukan taknak bayar tapi bila ada dakwa saya tak bayar bil elektrik RM6,000 itu tidak benar," jelasnya.
Tidak hanya itu, To'ki turut menyangkal dakwaan dia suka membuang sampah merata-rata sebaliknya memberitahu ada seorang jiran yang memang tidak suka dengan kehadirannya di kawasan tersebut.
Bagaimanapun, To'ki enggan menghiraukan perkara itu dan meneruskan kehidupan seperti biasa bersama keluarga.
"Saya tidak tahu apa masalah manusia ini. Ada seorang jiran ini, saya dah banyak kali cuba buat baik dengannya tapi dia masih tak suka saya.
"Dia pernah cakap kalau tak sesuai duduk sini, boleh kembali ke dalam hutan... Saya tak hiraukan apa dia cakap," katanya.
Sementara itu, To'ki berkata, dia tidak mempunyai banyak tawaran persembahan yang menyebabkan dia berdepan masalah kewangan.
Pun begitu, dia tetap mencari jalan melaksanakan tanggungjawab sebagai suami serta bapa bagi membesarkan anak-anaknya.
"Saya ada anak yang seorang tingkatan lima dan seorang lagi sudah masuk universiti. Semua ini tanggungjawab banyak pakai duit. Saya perlu jaga ibu mentua lagi.
"Tapi walaupun susah saya tidak berhutang dengan orang, tak pernah menggemis depan orang. Saya kerja cari duit. Saya tak meminta atau menggemis," jelasnya.
To'ki turut berterima kasih kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kerana membantunya menyelesaikan tunggakan sewa selain mencari kediaman baharu buatnya.
"Ada hikmah walaupun dimalukan sebegini. Saya tahu kalau orang aniaya, Allah nak angkat darjat kita. MAIWP bantu saya nak carikan rumah," katanya.
Pada 9 Oktober lalu, pemilik unit kediaman yang mahu dikenali sebagai Liza Mohamad mendedahkan terdapat seorang penyanyi era 1990-an enggan membayar sewa rumah berjumlah RM3,600.
Tambah Liza, lebih menakutkan apabila penyanyi itu pernah mengeluarkan parang ketika dia datang ke rumah itu untuk berbincang 18 September lalu.
Susulan tindakan individu tersebut, wanita terbabit menyatakan telah membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Wangsa Maju, Setapak, pada keesokkan harinya.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tu bil letrik jiran ko ke yg sampai rm6k-7k tu?menantu mithali betul sampai takleh kerja nak jaga mak mentua.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahaha... menantu mithali sangat sampai tak terbayar bil. anak2 dan bekas bini ko tersenyum sinis jah pakcik. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada hikmah walaupun dimalukan sebegini. Saya tahu kalau orang aniaya, Allah nak angkat darjat kita. MAIWP bantu saya nak carikan rumah
Kemain lg stetmen
|
|
|
|
|
|
|
|
Pakcik nie baik diam lah |
|
|
|
|
|
|
|
Adoi... dah jadi wartawan pun masih tak reti mengeja. Pengemis jadi penggemis. Merata2 la pulak tu siap eja menggemis.
Btw, pakcik ni tak sedar diri ke dia tu banyak menyusahkan orang lain. Rasa entitled pulak tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Berapa bulan tunggak bil letrik 6k tu? Patut dgr nasihat forumer kalau guna aircond, guna yg ada inverter sbb jimat banyak.
|
|
|
|
|
|
|
|
merah_arjuna: Dah tu bil letrik jiran ko ke ...
Tapi tak masuk akal jugak bil letrik mencanak gitu tak kena potong.biasanya kalau dah lebih 300 dah sampai notis. |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa jer nk percaya kata2 drpd penagih??? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by miszclassique at 15-10-2023 08:39 PM
Belibis replied at 15-10-2023 08:13 PM
Tapi tak masuk akal jugak bil letrik mencanak gitu tak kena potong.biasanya kalau dah lebih 300 dah ...
I tak pernah try ye tapi katanya kalau still bayar walaopon 20 hinggit, meter takkan dipotong... Sebab pernah dengar kes tenant dari neraka begini jugakk... Bil tertunggak sampai ribu2, tahu2 lari je kosongkan rumah tengah malam |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh join cadar dgn capik gi cari rumah baru. Dasar bewak semua terpaling jaga mak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bodonye team melodi intebiu pakcik ni. Tengok air muka yg keruh tu pun dah tau tak boleh percaya.. patutnya pegi interview tuan rumah. Dqhla muka tak tau malu bil beribu baitulmal yg setelkan. Benak jugak baitulmal bela orang camni. Menyusahkan. Sedangkan ibu2 tunggal nk mohon bantuan macam2 kerenah n blum tntu dapat |
|
|
|
|
|
|
|
miszclassique replied at 15-10-2023 08:36 PM
I tak pernah try ye tapi katanya kalau still bayar walaopon 20 hinggit, meter takkan dipotong... S ...
Mebi bil rumah xmcm bil kedai
Klu kedai byr x miss, tp ada tertunggak dr tenant sblum. Walaupun xbyk seratus lebih je, org tnb dtg serah surat pink, siap tggu dpn kedai suh byr online time tu jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Aritu dok utan kan aman damai je pakcik
Sape ajak heols pindah ke bandar masa tu ? |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 15-10-2023 08:07 PM
Berapa bulan tunggak bil letrik 6k tu? Patut dgr nasihat forumer kalau guna aircond, guna yg ada inv ...
Nk pakai econ selesa tp bil taknk byr, harap org byrkan ,. cam sial ..
Org yg tak berkemampuan , pakai je kipas sb econ bill mahal, .. Ber jimat cermat... |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga berjodohan ngan mak bewak abg kpd penyanyi yg menyara keluarga tu..sekufu sgt |
|
|
|
|
|
|
|
ToKi sila duduk HUTAN balik...
|
|
|
|
|
|
|
|
Allah tak angkat darjat biawak pung..
Jangan gunakan agama untuk tunggang lahhh
Orang cacat pung pandai Cari duit |
|
|
|
|
|
|
| |
|