View: 4960|Reply: 27
|
Shila Amzah Tak Bangga Isu Keluarga Dicanang Tapi Harap Jadi Pengajaran Pada Orang Lain
[Copy link]
|
|
Penyanyi Shila Amzah sama sekali tidak berbangga dengan apa yang berlaku namun dia melihat ia sebagai perkara positif apabila ramai tampil meluahkan perkara sama.
Pemilik nama sebenar, Nurshahila Amir Amzah, 33, berkongsi perkara itu menerusi program hiburan Melodi yang disiarkan pada Ahad.
"Saya tak bangga dengan apa yang saya katakan dalam siaran langsung tersebut. Tapi dalam masa sama apa yang saya luahkan itu dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang mungkin senasib dengan saya.
"Syukur Alhamdulillah, mungkin kesedaran ini perlu diketengahkan lagi," katanya.
Dalam pada itu, Shila berkata, dia tidak pernah berhasrat mendedahkan isu keluarnya kepada umum namun tidak menyangka ia didedahkan oleh ahli keluarganya sendiri.
Kata Shila, dia menyimpan semua perkara yang berlaku dalam hidupnya kerana menghormati mereka sebagai darah dagingnya.
"Saya sebenarnya harapkan benda ini tidak menjadi seperti ini... Kalau saya nak benda ini jadi, lama dah berlaku. Tapi saya tak tahu tiba-tiba hati saya terbuka setelah bertahun lamanya saya tak cakap apa-apa.
"Tapi apa pun hal keluarga kita nak simpan sendiri. Tidak kiralah baik buruk, mereka tetap darah daging kita," ujarnya.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Patah Seribu ini juga mengakui cuba berfikiran positif dan berharap agar masalah keluarganya itu dapat diselesaikan tanpa diketahui orang luar.
"Saya seorang yang suka berfikiran positif sampai saya tidak menafikan ia menjadi toksik pada diri saya sendiri... Saya selalu kata lalui benda ini Insya-Allah akan ada jalan keluar.
"Apa lagi yang boleh saya fikirkan selain meletakkan pengharapan itu... kalau tidak macam mana nak berjuang," ujarnya.
Kemelut keluarga Shila menjadi perhatian selepas adiknya Syada Amzah mendakwa dia bakal dihalau keluar daripada kediamannya susulan banglo milik penyanyi itu bakal dijual selain sedang mencari rumah sewa.
Shila pula menafikan dakwaan dia menghalau adik-beradiknya sebaliknya mahu menjual banglo tersebut kerana ingin membeli kediaman baharu lebih selesa buat ibu mereka.
Isu tersebut berlarutan apabila adik lelakinya Amir Syafiq mendedahkan Shila tidak membuat sebarang perbincangan sebelum berhasrat menjual banglo tersebut.
Syafiq juga memberitahu banglo tersebut merupakan rumah pusaka yang menggunakan nama Shila sebagai pemilik selain memintanya menukar hak milik kediaman itu kepada nama ibu mereka.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Satu word jee.. baiknyaa ko shilaa.. kalo akuuu emmm... Tau laa hangpaa langit tuu tinggi ke rendah |
|
|
|
|
|
|
|
Bila nk abis drama lalat clan ni |
|
|
|
|
|
|
|
Bertabahlah shila…semoga dipermudahkan segala urusan lah yeee |
|
|
|
|
|
|
|
MeowPARSI replied at 15-10-2023 08:50 PM
Bila nk abis drama lalat clan ni
Alahai nanti habislah xyah la nak tnya sgt, tgk mcm kes anak abby tu dah senyap kan
Biarjelah bnyk isu baru seronok bgosip |
|
|
|
|
|
|
|
Betul lah dia cakap. Kalau dia nak aibkan keluarga dia dah lama dah dia bongkar kisah ni. Ni dah 33 tahun hidup baru terbongkar. Tu pun sebab adik adik low iq dia yang buka aib sendiri kononnya nak malukan dia sampai dia terpaksa buka cerita. Kalau tak, takde siapa tahu. Dah lah selama ni hidup asyik dikeji netizen masa mak dia cerai tu pun orang keji dia kata sibuk bercinta sampai takde kat sisi mak dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Sejak komer luah perasaan hati
Macik jadi tersuka pulak kat komer
Sebab macik sebagai mak yang jelita dari NekTa
Rasa macam bertuahnya seorang ibu
Anak perempuan sediakan makan pakai rumah dan keperluan
Ini bukan membandingkan anak macik ye
Anak2 macik ok je
Bukan bewak
Wakakakakaka |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm Matang lak statement xila Kali nih |
|
|
|
|
|
|
|
Betul la dia ckp dlm live yg dia pakai shirt hitam tue. Puas dia simpan aib family dia. Tiber adik beradik bukak semua. Habis org dah tau. |
|
|
|
|
|
|
|
Adik-adik bodoh diaa tu laa bukak aib sendiri. niat nakk suruh netijen cerca akak diaa sekali diaa yang kene cerca |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik tudung navy blue ni.. dah mcm advertisment Dior lak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Adik2 sdri nk jatuhkn dia kn
Mmg bodoh n x tau bsyukur cuba klu xila tu x dpt job sapa nk sara bewak sekalian… dah la bewak bodoh lak tu. Ptut jd je la bewak yg baik kakak syg ko yg senang. |
|
|
|
|
|
|
|
Go figure! Hang in there
Aku suka suara dia ni
Lagi2 dlm lagu Patah Seribu
Soothing |
|
|
|
|
|
|
|
Camtula life xila...kl. Xdiuji dgn family sendiri..diuji dgn suami curang/ biawak ..kl xsuami , family in law pulak dari nuraka..kl x family in law, ujian anak pulak...gitu la kekdahnya |
|
|
|
|
|
|
|
Begitulah hidup. Adik beradik sendiri nak jatuhkan kakak. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus dia ni, dia cuma lawan balik apa adik2 dia fitnah dia, tp bila mak dia yg terpaling ibu mithali tu buat statement, langsung dia tak cakap apa.. |
|
|
|
|
|
|
|
teruknya adik lelaki dia. boleh ke paksa org tukar nama mcm tu je.. apa hak dia? nanti mak dia bagi kat dia, dia pun jual sama mcm dia jual kereta sebelum tu |
|
|
|
|
|
|
|
Ok la shila, iouls rasa public pon dah faham apa yg terjadi. So lepas ni ko deal je la dengan family melalui lawyer & teruskan hidup mana damai dengan suami & anak. Takut bila kita bercakap banyak2 nanti terkeluar pulal side yg kita xnak orang nampak (ehemmm..syushedappp) |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak je isu macam ni, anak jadi ketua keluarga.. Mak bapak adik beradik makan hasil anak yg dikerah
Mula-mula tolong, lama-lama dah jadi tugas sampai kena jadi bebanan |
|
|
|
|
|
|
| |
|