CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3198|Reply: 0

[Perlis] Kutipan Tabung Aman Palestin tak dibenarkan di Perlis

[Copy link]
Post time 15-10-2023 05:15 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

Kangar: Kutipan Tabung Aman Palestin di setiap premis agama Islam di Perlis sudah pun dihentikan berkuatkuasa 12 Oktober lalu sehingga siasatan terhadap badan bukan kerajaan (NGO) itu selesai.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs), Ustaz Najmuddin Abdul Karim berkata, kebenaran sudah ditarik semula buat sementara waktu bagi menunggu siasatan terhadap kutipan berkenaan selesai.

"Dalam hal ini kita melakukan tindakan penguatkuasaan dan berdasarkan surat yang dikemukakan kepada kami (JAIPs) daripada Mufti Perlis menerusi pejabat Jabatan Mufti Negeri Perlis ada beberapa aduan yang diterima berhubung kutipan itu.

"Oleh itu, kita memulakan siasatan berhubung perkara itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, sebelum surat penarikan semula kutipan Tabung Aman Palestin itu dikeluarkan dan dikuatkuasakan, pihaknya sudah pun bertemu dengan perwakilan daripada NGO berkenaan mengenai situasi yang berlaku.

"Surat penarikan semula kebenaran itu dikeluarkan setelah kita membuat perbincangan dengan Aman Palestin dan Jabatan Mufti," katanya.

Usaha untuk mendapatkan komen daripada Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin juga gagal kerana beliau tidak menjawab panggilan.

Sebelum ini, Berdasarkan laman Facebook rasmi ProMedia Tajdid pada 11 Oktober lalu ada memuatnaik surat bertarikh 24 Ogos tahun ini yang dikeluarkan oleh jabatan mufti negeri itu yang meminta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) supaya tidak membenarkan kutipan Tabung Aman Palestin dilaksanakan di premis agama Islam negeri itu.

Pada 9 Oktober lalu juga, Dr Mohd Asri dalam hantarannya di aplikasi X meminta orang ramai berhati-hati dengan 'scammer' atau sindiket penipuan yang cuba mengambil kesempatan mengumpul dana kononnya untuk membantu rakyat Palestin.

"Hati-hati dengan penunggang nama Palestin!" katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ibenarkan-di-perlis

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.236555 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list