CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3266|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] McDonald's Malaysia 100 peratus entiti milik Muslim

[Copy link]
Post time 15-10-2023 05:12 PM | Show all posts |Read mode

Sejak pengambilalihannya oleh Lionhorn Pte Ltd di bawah syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi pada 2017, ia menjadi entiti 100 peratus milik Muslim.

KUALA LUMPUR: Tindakan McDonald's Israel menyumbang makanan kepada rejim Zionis adalah tindakan persendirian dan tidak mencerminkan nilai atau amalan syarikat McDonald's Malaysia.

McDonald's Malaysia (Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd), berkata pihaknya sedia maklum mengenai perbincangan yang berlaku di media sosial berkaitan McDonald's Israel.

Katanya, keputusan sebelah pihak yang dibuat oleh pemegang francais individu tidak boleh dianggap sebagai tindakan global, dasar syarikat atau pendirian politik rasmi yang diambil oleh McDonald's secara global.

"Tindakan pengendali McDonald's di Israel adalah contoh tindakan individu yang dimaksudkan dan ia bukan keputusan global dan tidak diluluskan oleh mana-mana pengendali tempatan lain," kata dalam satu kenyataan, hari ini.



Sebelum ini, media melaporkan McDonald's Israel mengedarkan makanan secara percuma kepada tentera dan warga Israel.

Mengulas lanjut, McDonald's Malaysia berkata, adalah penting untuk memahami bahawa Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd adalah sebuah syarikat operasi tempatan.

"Sejak pengambilalihannya oleh Lionhorn Pte Ltd di bawah syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi pada 2017, ia menjadi entiti 100 peratus milik Muslim.

"Sejak itu, McDonald's sudah menyumbangkan pembayaran zakat dan terus melakukannya setiap tahun.

"Sehingga 2023, kami membayar lebih RM12 juta zakat kepada 14 negeri di seluruh negara bagi membantu golongan masyarakat yang kurang bernasib baik," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... entiti-milik-muslim
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.065573 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list