|
Penyanyi dan pelakon, Elyana akhirnya berjaya menunaikan impiannya sejak kecil untuk menghadiahkan sebuah kereta untuk kedua orang tuanya.
Menerusi perkongsian di Instagram, bapa Elyana tidak dapat menahan sebak sebaik saja menerima kunci kereta dan kelihatan teruja ketika memandu kenderaan tersebut.
"Jumaat lepas saya dah tunaikan impian saya sebagai anak. Impian saya dari dulu nak belikan rumah atau kereta untuk ibu bapa saya..cita-cita dari kecil. "
Tapi saya menanam impian untuk belikan sesuatu kepada mereka, bukan kerana saya kaya atau banyak duit tetapi itu yang boleh membuatkan saya gembira.
"Kebetulan baru-baru ini kereta papa rosak, jadi ini lah peluang saya untuk tunaikan impian saya," katanya.
Dalam pada itu, pelantun lagu Kalis Rindu ini juga menyifatkan bapanya sebagai seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab kerana tidak pernah membebankan keluarga.
" apa saya dari dulu memang tak pernah sekali pun meminta apa-apa daripada anak-anak, sanggup susah sendiri dari menyusahkan orang dan dia paling pantang berhutang," katanya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut terharu melihat perhubungan bapa dan anak itu selain mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.
Sumber: Oh Bulan
|
|