CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3849|Reply: 0

[Melaka] Pertingkat tahap kebersihan penting tarik kehadiran pelancong

[Copy link]
Post time 15-10-2023 04:16 PM | Show all posts |Read mode

Sungai Melaka.

Melaka: Jumlah kutipan sampah di Sungai Melaka akan dijadikan sebagai penanda aras atau indikator tahap kebersihan bandar Melaka dan kesedaran sivik penduduknya sebagai persediaan menyambut Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, indikator itu juga akan dijadikan garis panduan dalam merangka tindakan susulan untuk mempertingkatkan tahap kebersihan Sungai Melaka dan kawasan sekitarnya yang merupakan lokasi tarikan pelancong.

"Kita adakan program Gotong-Rotong Perdana ini sebagai persediaan menyambut TMM2024 yang akan dilancarkan secara rasmi pada 31 Disember ini dan daripada program ini juga, saya hendak menilai tahap kebersihan Sungai Melaka berdasarkan jumlah kutipan sampah yang kita dapat.

"Kalau banyak jumlah kutipan sampah, maka kesedaran sivik rakyat Melaka dan pengunjung masih perlu dipertingkatkan dan jika sebaliknya, ia bermaksud Sungai Melaka terpelihara," katanya kepada media selepas merasmikan Program Gotong-Rotong Perdana Sungai Melaka Fasa II di Dataran Pengkalan Rama, di sini, hari ini.

Program gotong-royong sejauh 5.2 kilometer (km) yang disertai lebih 1,200 peserta itu bermula di Taman Rempah sehingga Pintu Kawalan Air Batu Hampar dan dibahagikan kepada lapan zon yang diketuai oleh rakan strategik antaranya Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Syarikat Air Melaka, SWCorp dan Jabatan Kerja Raya.

Kata Ab Rauf, tahap kebersihan di Melaka sangat penting untuk negeri ini merealisasikan sasaran kemasukan 18.7 juta pelancong sepanjang TMM2024 nanti dan mahukan Sungai Melaka yang menjadi antara produk pelancongan Melaka setanding negara luar seperti Venice di Itali.

"Melaka pernah diiktiraf sebagai negeri dan kota terbersih, dan kita akan cuba dapat lagi anugerah itu insya-Allah pada tahun ini. Jadi, pelbagai usaha akan dilakukan termasuklah acara gotong-rotong sebegini dan ia akan diperluas ke daerah dan lokasi pelancongan lain secara berfasa," katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Ab Rauf berkata, kerajaan negeri akan mewujudkan pavilion di Dataran Pahlawan bagi mempamerkan pelbagai produk antaranya pelancongan, kesihatan, pendidikan dan pelaburan.

"Pavilion itu akan didirikan secara kekal selama setahun dan akan turut diisi dengan pelbagai program dan aktiviti menarik bagi mempromosikan produk negeri Melaka dan acara-acara yang dirancang sepanjang 2024," katanya.

Selain itu, beliau berkata, pelbagai inisiatif terbaik kepada pelancong dan pengunjung ke Melaka akan diberikan termasuk mengadakan cabutan bertuah setiap tiga bulan dengan hadiah utamanya ialah sebuah kereta.

"Ada beberapa syarat yang ditetapkan seperti pelancong perlu bermalam sama ada semalam atau dua malam di hotel terpilih untuk menjayakan inisiatif ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kehadiran-pelancong
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.202453 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list