CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3987|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Bayi dua bulan maut: Taska tidak berdaftar, JKM sita premis

[Copy link]
Post time 15-10-2023 04:01 PM | Show all posts |Read mode

MAISARAH dan Faizul bersama bayi mereka yang meninggal dunia Qaseh Aulia. FOTO Ihsan Pembaca

Kuala Lumpur: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Seksyen 6, Kota Damansara, Petaling Jaya di mana seorang bayi berusia dua bulan meninggal dunia pada Selasa lalu, tidak berdaftar.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, siasatan awal Pegawai Diberi Kuasa (PDBK) JKM mendapati, taska berkenaan telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1) Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984, iaitu mengendalikan suatu taska tidak berdaftar.

"Esok (Isnin), JKM akan hantar notis pemberitahuan tindakan LAK atau sita dan selepas 21 hari, sekiranya taska itu tidak mengemukakan bukti atau perakuan pendaftaran, maka tindakan lanjut ialah seperti kompaun atau tindakan pendakwaan berlandaskan undang-undang," katanya.

Aiman Athirah berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Jerayawara Kasih Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) @ Advokasi Antigangguan Seksual Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Universiti Malaya, hari ini.

Semalam, media melaporkan seorang bayi perempuan berusia dua bulan maut dipercayai ketika berada di bawah jagaan pengasuh di taska berkenaan Selasa lalu dan difahamkan, kejadian itu menimpa mangsa pada hari kedua bayi terbabit dihantar ke taska itu.

Dalam pada itu, Aiman Athirah turut menasihatkan kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke taska yang berdaftar dengan JKM, kerana setiap taska berdaftar mematuhi prosedur pengasuh dan penjagaan kanak-kanak yang ditetapkan.

"Kementerian berharap ibu bapa peka dan hanya menghantar anak-anak ke taska berdaftar dengan JKM, kerana setiap taska yang berdaftar akan dipantau oleh agensi, selain pengasuh juga telah menjalani kursus asuhan.

"Sebelum mendaftar ke taska, ibu bapa harus semak dengan pengusaha sama ada mereka punyai perakuan pendaftaran atau boleh semak dengan JKM dan portal JKM," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tar-jkm-sita-premis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 07:46 PM GMT+8 , Processed in 0.075101 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list