CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3768|Reply: 0

[Perak] 'Arwah kata tunggu seminggu lagi, tapi tidak kesampaian'

[Copy link]
Post time 15-10-2023 03:57 PM | Show all posts |Read mode

NIK Nor Diana menunjukkan gambar kenangan bersama arwah anaknya, Muhammad Nadim Taqwa. FOTO Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

Ipoh: Seorang ibu tidak menyangka janji anaknya untuk pulang mengunjunginya tidak kesampaian apabila anaknya itu maut akibat terkena renjatan elektrik bersama seorang lelaki di sebuah gerai menjual burger di Taman Bercham Raya, di sini, awal pagi hari ini.

Nik Nor Diana Ismail, 44, berkata, anak lelakinya, Muhammad Nadim Taqwa Abdul Malek, 14, berjanji untuk pulang mengunjunginya di Batu Pahat, Johor, bulan lalu selepas anak kedua dari tiga beradik itu kini tinggal bersama bekas suaminya di Ipoh.

"Adik (arwah) katakan dia rindu hendak makan ayam goreng kunyit ibu (saya). Saya cakap datanglah sini (Batu Pahat) hari-hari ibu masak dan dia katakan nak datang hujung bulan lalu.

"Bila saya WhatsApp dia semula bertanya sama ada jadi atau tidak dia balik ke Batu Pahat, dia kata tunggu seminggu lagi. Namun hari ini saya pula yang ke sini (Ipoh)," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, hari ini.

Dalam kejadian awal pagi tadi, Mohamad Elias Kamarudin, 30, turut maut akibat terkena renjatan elektrik di gerai itu.

Nik Nor Diana berkata, kejadian menimpa anaknya itu diberitahu bekas suaminya Abdul Malek Abdul Samat, 61, kira-kira 2 pagi tadi sebelum dia bersama dua lagi anaknya bergegas ke Ipoh.

Sementara itu, Abdul Malek berkata, malam tadi arwah anaknya itu sempat menolongnya berniaga di Pasar Malam Taman Bercham Raya sehingga kira-kira 12 tengah malam sebelum pergi ke gerai burger tempat kejadian untuk menjalankan kerja sampingan membersihkan perkakasan perniagaan di gerai itu sejak lima bulan lalu.

"Saya hampir lelap di rumah sebelum rakan arwah menelefon memberitahu kejadian yang menimpa anak saya dan seorang lagi lelaki.

"Saya diberitahu mereka direnjat elektrik ketika membasuh gerai burger berkenaan dengan air. Lelaki berusia 30 tahun itu yang mula-mula terkena renjatan sebelum anak juga terkena renjatan sama ketika cuba membantu rakan sekerjanya itu," katanya.

Hasil bedah siasat dijalankan mendapati punca kematian kedua-dua mangsa itu adalah akibat renjatan elektrik.

Jenazah Muhammad Nadim Taqwa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 2 Tambun, di sini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pi-tidak-kesampaian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.047639 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list