CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4848|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Projek rintis NR-REE di Mukim Kenering, Hulu Perak patuhi SOP - JMG

[Copy link]
Post time 15-10-2023 11:32 AM | Show all posts |Read mode

PROJEK rintis NR-REE di Mukim Kenering patuhi SOP. FOTO Hiasan.

Putrajaya: Hasil pengauditan terhadap projek perintis menggunakan kaedah larut resap in situ atau in-situ leaching (ISL) untuk perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di Mukim Kenering, Hulu Perak, Perak didapati mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta keperluan agensi teknikal terbabit.

Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Zamri Ramli dalam kenyataan hari ini sebagai mengulas laporan media mengenai perlombongan REE tidak terkawal berpotensi menyebabkan runtuhan tanah, berkata teknologi perlombongan NR-REE secara ISL membabitkan pembukaan tanah dan penebangan pokok yang minimum.

Beliau berkata kaedah itu membabitkan penggunaan larutan ammonium sulphate berkepekatan rendah yang disuntik ke dalam tanah bagi mengekstrak NR-REE melalui tindak balas tukar ganti ion.

Katanya ia kemudian disalur keluar melalui sistem perpaipan dan dikumpulkan di kaki lereng bukit untuk proses seterusnya, dan proses tukar ganti ion itu juga tidak akan menyebabkan gangguan kestabilan serta daya kohesif tanah.

"Kaedah perlombongan ISL yang dijalankan di kawasan lempung jerapan ion mensyaratkan ia hanya boleh dilaksanakan bagi longgokan REE yang terletak di atas aras air bawah tanah.

"Ia bagi menjamin keberkesanan proses larut resapan yang disasarkan dan untuk mengelak berlakunya pencemaran ke atas air bawah tanah," katanya.

Zamri berkata sebagai langkah kawalan dan tebatan kepada pencemaran air bawah tanah, telaga pemantauan dibina di beberapa lokasi strategik yang dikenal pasti bagi mengesan kemungkinan berlakunya ketirisan.

Menurutnya bagi mengawal pencemaran pula, satu prosedur khusus digariskan untuk menangani masalah tersebut seperti kaedah pancutan atau flushing bagi membendung pengaliran lanjut bahan cemar.

"Kesimpulannya perlombongan NR-REE yang menggunakan kaedah ISL merupakan kaedah terkini yang mampan dengan impaknya terhadap alam sekitar boleh dikawal, kos operasi rendah dan tahap keselamatan pekerja yang baik," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... erak-patuhi-sop-jmg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.053888 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list