View: 2167|Reply: 3
|
Ayu Damit Tetap Aktif Walau Kandungan Dah 7 Bulan
[Copy link]
|
|
Penyanyi Ayu Damit terus aktif menerima undangan nyanyian selain menguruskan perniagaan dan kuliah walaupun usia kandungannya sudah mencecah tujuh bulan.
Katanya, walaupun kehamilannya kali ini agak meletihkan namun dia tidak menjadikan perkara itu sebagai alasan untuk duduk diam sahaja.
Malahan, jadual kerjanya juga sudah disusun sehingga Disember sebelun dijangka bersalin pada pertengahan bulan berkenaan.
"Walau kali ini agak penat tapi saya tetap bekerja. Undangan nyanyian pun saya masih terima cuma tak ambil yang terlalu membebankan.
"Lepas tempoh berpantang nanti saya akan mulakan semester baharu pengajian saya. Jadi, memang tiada istilah rehat buat masa sekarang.
"Mungkin seminggu sebelum bersalin barulah saya akan ambil masa untuk berehat," katanya.
Apa yang lebih penting adalah menjaga kesihatan selain menyusun jadual harian dengan baik agar pengajian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) tidak terabai.
Bercakap mengenai kehamilan kali ini, kata Ayu, ia sedikit berbeza apatah lagi kali terakhir dia hamil adalah lapan tahun lalu.
Dia sama sekali tidak menyangka akan dikurniakan seorang lagi cahaya mata dan teruja memulakan rutin menjaga anak kecil.
Ayu juga berharap dapat melalui proses bersalin secara normal tanpa pembedahan.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
putih dia skrg. acik ayu makan ape atau buat apa. dah mcm siti sarah kulit dan mukanya. dia buat hidungke ek nampak lain |
|
|
|
|
|
|
|
Oh pregnant patut tak pi GV, dia patut dpt kusi hangat gv tu gak
|
|
|
|
|
|
|
| |
|