CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14167|Reply: 0

[Perlis] MB Perlis harap peruntukan Belanjawan 2024 disalur terus tanpa lalui ICU

[Copy link]
Post time 14-10-2023 08:36 PM | Show all posts |Read mode
MB Perlis harap peruntukan Belanjawan 2024 disalur terus tanpa lalui ICU


Aizat Sharif - Oktober 14, 2023 @ 6:41pm bhnews@bh.com.my




Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli (tiga dari kanan) bersama Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pada Program Kecergasan Kementerian Pendidikan (KPM) Sempena Hari Sukan Negara 2023 di Kompleks Tuanku Syed Putra, Kangar. - NSTP/AIZAT SHARIF




KANGAR: Perlis berharap peruntukan untuk negeri yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 disalurkan terus tanpa perlu melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli yang berpuas hati dengan belanjawan diumumkan semalam untuk Perlis, berkata walaupun negeri ini ditadbir Perikatan Nasional (PN), kerjasama dengan kerajaan Persekutuan sangat baik.

"Saya lihat dan dengar empat kali nama Perlis disebut dalam pembentangan Belanjawan 2024. Saya secara keseluruhan sangat puas hati dengan inisiatif diumumkan Perdana mMenteri kepada rakyat Perlis.

"Segala inisiatif dalam belanjawan sangat kita hargai, namun diharap pelaksanaannya dapat dilakukan secara telus dan menyeluruh. Kita harap agar peruntukan itu dapat disalurkan secara terus kepada kerajaan negeri tanpa melalui ICU.

"Apapun kita tetap beri kerjasama yang baik kepada kerajaan Persekutuan," katanya selepas hadir Program Kecergasan Kementerian Pendidikan (KPM) sempena Hari Sukan Negara 2023, di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Antara berita baik diumumkan dalam Belanjawan 2024 untuk Perlis, merangkumi peruntukan RM20 juta bagi menyelenggara dan memulihara lokasi tarikan pelancongan seperti Tasik Timah Tasoh di Beseri, Padang Besar.

Usaha rintis penanaman padi lima musim dalam dua tahun di beberapa kawasan jelapang, antaranya Kangar agar selari dengan usaha naik taraf infrastruktur pengairan di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Perlis dan Kedah dengan pelaburan RM3 bilion.

Pembinaan 18 blok baharu pendidikan khas dengan kos RM180 juta di beberapa sekolah seluruh negara, termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Ali Ahmad di Kangar, selain pembinaan dan naik taraf jalan desa, termasuk di Tambun Tulang di Arau.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.053019 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list