CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2894|Reply: 0

[Perak] Pembukaan kawasan perindustrian berteknologi tinggi di Kerian bakal percepatkan LRA

[Copy link]
Post time 14-10-2023 01:21 PM | Show all posts |Read mode

Saarani merasmikan Sambutan Hari Sukan Negera Peringkat Negeri Perak di Bulatan Sultan Azlan Shah Meru Raya Ipoh. Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/KOSMO!

IPOH – Pembukaan kawasan perindustrian berteknologi tinggi di daerah Kerian yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2024 semalam, bakal mempercepatkan usaha kerajaan negeri untuk membina loji rawatan air (LRA) yang baharu di kawasan utara Perak.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pembinaan LRA itu penting bukan sahaja bagi menampung keperluan bekalan air untuk pertanian di kawasan berkenaan malah bagi tujuan perindustrian.

“Jika berlaku (pembukaan kawasan perindustrian berteknologi tinggi), ia akan mempercepatkan proses yang sedang dibuat kerajaan negeri iaitu memohon peruntukan kerajaan Pusat bagi pembinaan loji rawatan air di utara Perak.

“Sekarang pun memang kita mahu buat (loji rawatan air) untuk memenuhi permintaan bagi pengairan padi, tapi dengan ada tapak perindustrian baharu itu nanti, kita akan perlukan lebih banyak bekalan air.

“Jadi, secara tidak langsung usaha kerajaan negeri untuk mempercepatkan loji rawatan air ini akan menjadi lebih nyata,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Sukan Negara peringkat negeri di Bulatan Sultan Azlan Shah di Meru Raya di sini hari ini.

Menurut Saarani, kerajaan negeri akan melihat dua kawasan Parlimen dalam daerah Kerian iaitu di Parit Buntar dan Bagan Serai bagi pembinaan kawasan perindustrian berteknologi tinggi berkenaan.

Katanya, kerajaan negeri akan perhalusi tanah-tanah yang sesuai mengambil kira faktor harga iaitu tidak terlalu mahal dan tanah itu juga tidak perlu ditambak hingga menelan kos yang tinggi selain lokasi yang fleksibel iaitu hampir dengan pelabuhan dan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas.

“Semasa perbincangan dalam mesyuarat lembaga pengarah PKNP (Perbadanan Kemajuan Negeri Perak), kita telah mengenal pasti beberapa kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan tapak perindustrian baharu.

“Pada peringkat awal, kita telah kenal pasti sebidang tanah seluas 40.46 hektar namun dengan pengumuman semalam, ia sebenarnya tidak cukup. Saya melihat kita perlukan tanah sekurang-kurangnya 404.68 hektar. Jadi, kita akan lihat semula perkara ini,” katanya.

Sementara itu, mengulas tempoh masa projek tersebut dilaksanakan, Saarani berkata, ia bergantung kepada keadaan kewangan kerajaan Pusat dan lokasi pembinaan projek berkenaan.

“Sama ada ia melibatkan penambakan atau proses pengambilan tanah. Jika tanah kerajaan tidak mengapa, kalau tanah individu, perlu melalui beberapa proses.

“Apabila semua sudah selesai dan tanah pun sudah dikenal pasti, barulah kita akan mulakannya dan ia sudah tentu mengambil masa, tidak mungkin dalam tempoh setahun,” katanya.

Menerusi pengumuman Belanjawan 2024 semalam, kerajaan akan membuka kawasan perindustrian berteknologi tinggi di Kerian bagi membina ekosistem lebih luas untuk kluster elektrik dan elektronik (E&E) di wilayah utara.

Pembukaan kawasan perindustrian baharu itu selepas kawasan Perindustrian di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan Kulim Hi-Tech Park, Kedah. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... al-percepatkan-lra/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.058670 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list