View: 2892|Reply: 0
|
Piala Dunia 2026: Argentina kekal rekod kemenangan
[Copy link]
|
|
OTAMENDI (tengah) meledak gol tunggal perlawanan untuk memberikan kemenangan kepada Argentina ketika menentang Paraguay pagi semalam. - AFP
BUENOS AIRES – Juara dunia, Argentina tidak memerlukan khidmat Lionel Messi untuk mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus daripada tiga aksi kelayakan Piala Dunia 2026 selepas menang 1-0 ke atas Paraguay awal pagi semalam.
Biarpun hanya menang dengan satu gol, tetapi La Albiceleste langsung tidak dicabar oleh Paraguay sepanjang 90 minit aksi kelayakan zon Amerika Selatan di Estadio Monumental itu.
Ketua jurulatih Argentina, Lionel Scaloni memilih untuk menurunkan Julian Alvarez dan Lautaro Martinez di bahagian serangan memandangkan Messi masih belum cergas sepenuhnya susulan kecederaan otot.
Segalanya bermula sempurna buat juara Copa America 15 kali itu apabila membuka tirai jaringan seawal minit ketiga menerusi bek tengah veteran, Nicolas Otamendi hasil sepakan penjuru daripada Rodrigo De Paul.
Scaloni kemudiannya membawa masuk Messi pada minit ke-53 menggantikan Alvarez dan bintang Inter Miami itu hampir-hampir mencetak nama selaku penjaring apabila dua percubaannya terkena palang gol.
“Sudah tentu ia menjadi lebih mudah jika Messi berada dalam kesebelasan utama. Ia sesuatu yang bagus apabila dapat melihatnya beraksi semula walaupun tidak lama.
“Kami bermain dengan sangat baik dan berhak untuk menang lebih daripada satu gol terutama di separuh masa pertama. Apa-apa pun kami gembira dengan kemenangan hari ini,” kata pemain tengah Argentina, Alexis Mac Allister.
Messi berkemungkinan besar akan kembali berada dalam kesebelasan utama untuk aksi kelayakan seterusnya menentang Peru di Estadio Nacional del Lima pada Rabu ini.
Sebagai rekod, Argentina ketika ini menerajui carta kelayakan zon Amerika Selatan dengan kelebihan dua mata ke atas pencabar terdekat di tangga kedua, Brazil yang seri 1-1 dengan Venezuela semalam. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... l-rekod-kemenangan/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|