CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2624|Reply: 0

[Perlis] KPM pastikan agenda Belanjawan 2024 dilaksana sepenuhnya

[Copy link]
Post time 14-10-2023 12:34 PM | Show all posts |Read mode
KPM pastikan agenda Belanjawan 2024 dilaksana sepenuhnya


Oktober 14, 2023 @ 12:20pm



Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. Gambar fail



KANGAR: Kementerian Pendidikan (KPM) yang mendapat peruntukan terbesar menerusi Belanjawan 2024 komited memastikan agenda dalam belanjawan itu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.

Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata pihaknya menyambut peruntukan keseluruhan sebanyak RM58.7 bilion itu dalam perspektif yang dirasakan sebagai perjuangan untuk pendidikan manusiawi.

"Alhamdulillah KPM masih lagi menjadi kementerian menerima peruntukan terbesar...paling penting dalam konteks dasar adalah jelajah pendidikan masa depan negara," katanya selepas merasmikan sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Perlis 2023 di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan yang pendidikan kekal sebagai komponen utama menerima peruntukan tertinggi dalam Belanjawan 2024 Malaysia MADANI apabila RM58.7 bilion diperuntukkan kepada KPM berbanding RM55.2 bilion pada 2023.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata sejumlah RM1.9 bilion disediakan untuk menaik taraf dan menyelenggara sekolah di seluruh negara.

Selain itu, sebanyak 26 sekolah baharu mula dibina dengan kos keseluruhan projek RM2.5 bilion termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Laya-Laya, Tuaran Sabah; SMK Baie, Bintulu, (Sarawak); SMK Seri Melati, Kuantan (Pahang); SMK Bandar Universiti, Bandar Seri Iskandar (Perak) dan SMK Binjai, Kota Bharu (Kelantan).

Selain itu, 18 blok baharu Pendidikan Khas akan dibina dengan peruntukan RM180 juta membabitkan SMK Kubang Rotan, Kedah; Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Perda (Pulau Pinang) dan SMK Dato Ali Ahmad (Perlis) dalam usaha memperkasa dan melindungi kesejahteraan murid berkeperluan khas.

Fadhlina berkata, pembinaan 26 sekolah baharu yang diumumkan perdana menteri dalam belanjawan itu adalah peruntukan terbesar pernah diterima KPM. – BERNAMA







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.171133 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list