CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1657|Reply: 0

[Sabah] Peruntukan khas atasi masalah air berita baik kepada penduduk Labuan

[Copy link]
Post time 14-10-2023 12:05 PM | Show all posts |Read mode

Geotapak Tanjung Layang-Layangan, Labuan. FOTO ARKIB NSTP

Labuan: Penduduk pulau bebas cukai ini boleh menantikan penyelesaian terhadap masalah air yang dihadapi mereka selama ini berikutan pengumuman peruntukan khas dalam Belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi Perbadanan Labuan, Senator Datuk Seri Anifah Aman berkata, peruntukan khas RM1.1 bilion untuk menangani masalah bekalan air di Labuan, Sabah dan Kelantan pada tahun itu, sangat bermakna kepada penduduk pulau ini.

"Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri atas peruntukan dalam belanjawan kali ini. Ini menunjukkan bahawa beliau mengambil berat rakyat di Labuan dan mahu menyelesaikan masalah mereka," katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Ketika membentangkan Belanjawan 2024, Anwar mengumumkan peruntukan RM1.1 bilion kepada Labuan, Sabah dan Kelantan bagi melaksanakan pembaikan paip dan infrastruktur lain yang berkaitan dengan pembekalan air.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ada-penduduk-labuan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.066468 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list