Zizan juga mengawal pengambilan gula dalam makanan harian dan tidak makan berlebihan jika berat badan naik. Zizan juga meluangkan masa untuk bersenam di gimnasium jika tidak sibuk di lokasi penggambaran atau menguruskan perniagaan.
"Saya sudah lama aktif di gimnasium. Ketika negara dilanda pandemik COVID-19, bersenam sudah menjadi aktiviti wajib setiap hari.
"Tetapi, apabila sudah kembali sibuk, saya tiada masa yang tetap untuk pergi ke gimnasium. Namun, sekurang-kurangnya saya kena buat 100 'push up'.
"Kalau bercakap mengenai jurulatih peribadi, saya perlukan individu yang cergas atau 'fit'," katanya yang menghabiskan masa antara dua hingga tiga jam di gimnasium.
Sumber: BH Online