CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5140|Reply: 39

[Tempatan] K'jaan gagal buktikan kes terhadap NFCorp, keluarga Shahrizat bebas

  [Copy link]
Post time 14-10-2023 09:23 AM | Show all posts |Read mode
Edited by rashiman at 14-10-2023 09:24 AM



ramai yg terperdaya dan yg memfitnah keluarga Shahrizat..
kena minta maaf tu...

K'jaan gagal buktikan kes terhadap NFCorp, keluarga Shahrizat bebas
Hidir Reduan Abdul RashidDikemaskini: 9:26 PM

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan Putrajaya gagal membuktikan sebarang salah guna berkaitan pinjaman RM250 juta kepada National Feedlot Corporation (NFCorp).
Hakim mahkamah sivil Anand Ponnudurai berkata demikian ketika menyampaikan keputusannya berhubung saman kerajaan persekutuan selaku plaintif terhadap NFCorp dan 10 defendan lain, termasuk pengerusi eksekutif syarikat itu Mohamad Salleh Ismail, yang merupakan suami kepada bekas ketua Wanita Umno Shahrizat Abdul Jalil.
Anand memutuskan bahawa wang pinjaman tidak digunakan secara salah dan tiada pelanggaran kewajipan fidusiari oleh 11 defendan, yang turut termasuk tiga anak Salleh - ketua pegawai eksekutif syarikat Wan Shahinur Izran, dan pengarah Wan Shahinur Izmir dan Wan Izzana Fatimah Zabedah.
Mahkamah juga membebaskan keluarga Salleh sepenuhnya daripada sebarang dakwaan penyelewengan.


Mahkamah juga mendapati kerajaan persekutuan melanggar Perjanjian Pelaksanaan (IA) apabila plaintif gagal membina Rumah Sembelih Kualiti Eksport (EQA) dan melanggar Perjanjian Kemudahan Pinjaman (LFA).
Anand menegaskan bahawa adalah tidak menyalahi undang-undang untuk NFCorp menggunakan sebahagian daripada pinjaman untuk melabur dalam hartanah atas nama syarikat, sekaligus menyebabkan syarikat itu tidak melanggar perjanjian pinjaman dan IA.
Semasa membacakan keputusan yang panjang itu, mahkamah sivil mendapati bahawa sasaran projek itu tidak tercapai kerana kegagalan kerajaan membina EQA.
Hakim juga mengarahkan NFCorp memulangkan RM33.7 juta daripada jumlah pinjaman yang tidak digunakan kepada kerajaan.

Anand juga mengarahkan supaya hartanah pelaburan itu dipindahkan kepada kerajaan.
Tuntutan balas
Sementara itu, mahkamah membenarkan tuntutan balas NFCorp terhadap kerajaan kerana melanggar perjanjian dan membenarkan ganti rugi nominal RM10,000.
Peguam kanan persekutuan Nurhafizza Azizan dan Ashraf Abdul Hamid dari Jabatan Peguam Negara (AGC) mewakili kerajaan.
NFCorp diwakili peguam Kiru K Kirubakaran, Rajan Navaratnam dan Chong Kah Yee.
Pada 31 Mei 2019, kerajaan memfailkan tindakan sivil yang menyenaraikan 11 defendan termasuk enam syarikat berkaitan.
Enam syarikat itu ialah National Meat & Livestock Corp Sdn Bhd, Real Food Co Sdn Bhd, Meatworks Corp Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd, Asian Bioscience Corp Sdn Bhd dan Techknowlogy Imageware (M) Sdn Bhd.
Menurut pernyataan tuntutan itu, kerajaan memohon pengisytiharan mahkamah agar keluarga Salleh bertanggungjawab secara peribadi untuk pembayaran balik hutang itu.
Kerajaan mendakwa ia memeterai perjanjian dengan NFCorp pada 6 Dis 2007, untuk pinjaman RM250 juta, sebahagian daripadanya digunakan untuk membiayai penubuhan dan operasi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) di Gemas, Negeri Sembilan sejajar dengan dasar kerajaan untuk membangun dan memajukan pengeluaran daging lembu dan produk daging lembu.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2023 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Wowwwww...raja formula tersenyum sinis..penat jer duk kira berapa ekor lembu dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2023 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Benda ni...kalau teliti betul2 mmg tak salah pun
Hutang bank dah lulus...dah start nak kena serve dah...
Alih2 project kena halang...tak boleh buat sperti perjanjian
Aku yakin benda ni kerik2 je lah.....ada tgn yg nak halang supaya Malaysia ni self sustain bekalan makan dia...nak2 makan ruji...
Kena betul2 kuat nak lawan geng2 ni....even menteri pun kena genggam telur
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2023 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kena cara dia silap2 kerajaan kena Saman balik sbb langgar perjanjian
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2023 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
kawan i dpt tender buat jalanraya... dia buat terus dpt payment tapi dia tkde audit ke komplen , dgn kata lainnya tak check pun lepas buat. obviously mmg nak bagi nampak betul & nampak macam ada kerja dibuat.. . padehal duit2 tu buat beli property kat singapore . Siap singapore authority cari dorang guna gomen sbb muflis/ byk utang ...  ntah la nak explain pun tatau camne sbb i bukan kontraktor. tapi gitu la yg i faham
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2023 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
eh i komen camni kena berangkut pc tak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2023 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu tgk penghakiman
"Mahkamah juga mendapati kerajaan persekutuan melanggar Perjanjian Pelaksanaan (IA) apabila plaintif gagal membina Rumah Sembelih Kualiti Eksport (EQA) dan melanggar Perjanjian Kemudahan Pinjaman (LFA).
Anand menegaskan bahawa adalah tidak menyalahi undang-undang untuk NFCorp menggunakan sebahagian daripada pinjaman untuk melabur dalam hartanah atas nama syarikat, sekaligus menyebabkan syarikat itu tidak melanggar perjanjian pinjaman dan IA".
Kerajaan tak bina EQA & x salah guna duit pinjaman utk tujuan lain, even utk beli kondo.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2023 12:35 PM | Show all posts
Kerajaanlah yang salah sebab tak pastikan peruntukan duit sepatutnya khusus kepada apa yang sepatutnya diperuntukkan dan senang pulak dikalahkan kerana beberapa kesilapan kerana pegawai-pegawai tdk competent

Orang-orang tamak manipulasi duit tu untuk kegunaan lain jadi tdk salah kerana salah kerajaan. Ubah undang-undang tu supaya peruntukan yang diberi jika guna ikut kepala dihukum tembak dan semua harta mereka disita... bodohnya kerajaan masa tu

rakyat berharap dan termasuklah kerajaan supaya ada ladang lembu tu untuk kegunaan rakyat tetapi keluarga ni tu telah manipulasi kekurangan dan kelemahan undang-undang untuk kepentingan keluarga mereka...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2023 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Punya lancau Madanon tak reti nak mentadbir negara.
Akan datang madanon kena saman dgn golden sanchman plak .SANGAT MEMALUKAN. phuii
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2023 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
33m kena dipulangkan ye
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2023 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
MissYouSayang replied at 14-10-2023 05:12 PM
Punya lancau Madanon tak reti nak mentadbir negara.
Akan datang madanon kena saman dgn golden sanchm ...

Yg lemah tu Yiddin. Ada ka patut Goldman Sach dapat USD 6.5B, tp hg pi minta USD2.5B sahaja.

https://malaysiagazette.com/2023/02/27/johari-mahu-kerajaan-siasat-peguam-individu-berunding-dengan-goldman-sachs/
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2023 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MissYouSayang at 14-10-2023 05:46 PM
Apoo replied at 14-10-2023 05:36 PM
Yg lemah tu Yiddin. Ada ka patut Goldman Sach dapat USD 6.5B, tp hg pi minta USD2.5B sahaja.

htt ...


Dey , ko blh tanya bekas muntri kewangan wak yidin tu yang kini berada dalam kerajaan madanon ko tu, dia lagi tau dari yidin ..phuihh...
Ko jgn nak samakan muhyidin dgn nuart.
Nuart yg pegang portfolio muntri kewangan dan msia plak kena saman dgn golden sach tu ,phuihh haprak betul muntri kewangan madanon
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2023 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Besan kak jatlombu ni special advisor bangnon sekrg.

Saje la share pengetahuan am
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2023 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
MissYouSayang replied at 14-10-2023 05:40 PM
Dey , ko blh tanya bekas muntri kewangan wak yidin tu yang kini berada dalam kerajaan madanon ko t ...

Sila baca & hadam. Menteri kewangan dilantik jadi perunding ka?

https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2023/03/1072899/1mdb-sabitan-2-bekas-pekerja-goldman-sachs-bukti-penyelesaian

PETALING JAYA: Sabitan jenayah terhadap dua bekas pekerja Goldman Sachs secara konklusif menunjukkan "keraguan" dalam perjanjian penyelesaian 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dimeterai oleh pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan bank pelaburan itu, kata Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Bekas Menteri Kewangan II itu, menjelaskan mengenai jangkaan hukuman terhadap bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa, selepas dia disabitkan bersalah membantu merompak berbilion dolar daripada dana kekayaan negara 1MDB.

Leissner, yang mengaku bersalah atas pertuduhan sama lebih empat tahun lalu, bekerjasama dengan pihak pendakwa untuk mendapatkan hukuman ringan.

"Kita bersetuju untuk hanya menerima AS$2.5 bilion (RM11 bilion) daripada AS$6.5 bilion (RM29 bilion) yang dituntut. Bank itu juga bersetuju untuk membantu mendapatkan semula aset tambahan AS$1.4 bilion," kata Johari kepada FMT.

Johari berkata, jumlah penyelesaian rendah yang dicadangkan menunjukkan ada "sesuatu yang tidak kena" dalam perjanjian itu.

"Kita juga nampaknya berada dalam kebuntuan dengan Goldman Sachs berhubung pemulihan aset, dengan bank setakat ini gagal untuk mendapatkan AS$1.4 bilion (RM6.5 bilion) seperti dijanjikan," katanya.

"Goldman Sachs jelas mengambil kesempatan daripada kelemahan perunding kita dalam merangka perjanjian itu. Kita tidak boleh biarkan ini berlaku.

"Leissner dan Ng, adalah sebahagian daripada pengurusan kanan bank, serta orang penting terbabit dalam penipuan itu. Kesalahan mereka boleh dikaitkan dengan Goldman Sachs untuk memastikan bank itu bertanggungjawab sepenuhnya atas semua kerugian 1MDB.

"Kita tidak ada apa-apa untuk disembunyikan. Kita hanya cuba mendapatkan semula kerugian daripada bank di mana kakitangan seniornya telah disabitkan di AS atas kesalahan mereka."

Johari juga menggesa kerajaan untuk berhubung dengan Jabatan Kehakiman (DoJ) AS untuk mendapatkan pemulangan segera dana dilucuthakkan daripada Leissner dan Ng.

"Kita mempunyai kewajipan untuk memastikan dana ini dikembalikan kepada Perbendaharaan secepat mungkin untuk membiayai sebahagian bon bernilai AS$3 bilion (RM13 bilion) yang akan dibayar bulan ini," katanya.

Minggu lalu, Bloomberg melaporkan susulan sabitan kesalahan Leissner, Brodie mengarahkannya menyerahkan kira-kira AS$44 juta (RM196 juta) aset kepada DoJ, terdiri daripada wang tunai AS$43.7 juta (RM195 juta) dan 3.3 juta saham bernilai AS$313 juta (RM1.4 bilion) dalam syarikat minuman kecergasan Celsius Holdings Inc.

Menurut laporan itu, pihak pendakwa raya meminta hakim untuk melucutkan hak AS$35.1 juta (RM157.3 juta) lagi daripada Ng.

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2023 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Senyap sunyi geng2 PH pasal kes lembu nie. Beria bagai kata org tue salah sudahnya lepas.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2023 09:15 PM | Show all posts
Terbaik pakar formula negara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2023 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Apoo replied at 14-10-2023 07:43 PM
Sila baca & hadam. Menteri kewangan dilantik jadi perunding ka?

https://www.bharian.com.my/amp/be ...

LOL. Baik ko salahkan jibby terus sebab dia jadi punca kecelakaan ini. nuart ko tu khens muntri kewangan terbaik asia, takkan takleh nak handle kot...
Punya la hauk madanon ko ni sampaikan  kena saman padahal sebelum  ni dah 3 PM handle 1mdb tak pernah kena saman pun tapi masuk je madanon hauk ko ni terus kena saman..phuihhh
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2023 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts


Piji lembu kuat fitnah org ja.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2023 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Rafizi manaaaaaaaaa?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2023 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Bersalah atau tidak, mana ladang lembunya?

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 05:50 AM GMT+8 , Processed in 0.067123 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list