|
KPG gembira anak buahnya tumbangkan India
FAISAL Halim (kiri) meraikan jaringan gol ketiga negara ketiak menentang India dalam aksi Pestabola Merdeka. -FOTO Aizuddin Saad
Kuala Lumpur: Pengendali Harimau Malaya Kim Pan Gon ternyata berpuas hati terhadap aksi yang dipamerkan barisan anak buahnya pada perlawanan pertama Pestabola Merdeka 2023 menentang India di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), sebentar tadi.
Walaupun, sering dimomokkan bahawa lawannya itu berada di ranking lebih baik namun, Pan Gon berkata, pemain Harimau Malaya mampu merencanakan serangan selain turut menyekat kemaraan lawan daripada terus menyumbat lebih banyak gol.
"Saya sangat gembira kerana kami berjaya menewaskan pasukan di ranking 102 dunia. Kami menang di tempat sendiri terutama di atas padang baharu.
"Malah, lebih 40,000 penyokong hadir menyokong kami. Jadi saya sangat bangga dengan apa yang dipamerkan semua pemain.
"Mereka benar-benar berjuang untuk negara, keluarga dan penyokong. Saya berpuas hati tetapi setiap perlawanan kami akan ambil perkara positif dan negatif untuk diperbaiki bagi perlawanan seterusnya," katanya pada sidang media selepas perlawanan.
Terdahulu, skuad Harimau Malaya membuktikan ranking hanyalah sekadar nombor apabila membaham pasukan dikedudukan ke 102 dunia 4-2 pada perlawanan pertama Pestabola Merdeka 2023 di SNBJ sebentar tadi.
Jelas sekali taktikal pengendali Harimau Malaya Kim Pan Gon terbukti berkesan untuk menyekat pasukan hebat seperti India sekali gus menempah slot menentang Tajikistan pada final Pestabola Merdeka 2023, Selasa ini.
Gol pasukan kebangsaan disumbangkan kapten pasukan Dion Cools, Ariff Aiman Hanapi, Faisal Halim dan Corbin Ong.
Pasukan India yang berada di ranking 102 dunia pula hanya menyumbat dua gol menerusi Mahesh Singh dan Sunil Chhetri.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ya-tumbangkan-india
|
|