CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15075|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang mohon AP barang keperluan asas

[Copy link]
Post time 13-10-2023 04:51 PM | Show all posts |Read mode
Pulau Pinang mohon AP barang keperluan asas


Nur Izzati Mohamad
[email protected]



FAHMI ditemui media pada Program Pelepasan Benih Serentak Seluruh Malaysia 2023 di Pangkalan Jambatan Merdeka. FOTO Danial Saad




Kepala Batas: Kerajaan Pulau Pinang memohon diberi permit import (AP) untuk barang kawalan seperti beras, gula dan minyak masak bagi mengawal sekali gus menangani kerakusan orang tengah.

Exco Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi negeri, Fahmi Zainol berkata, pihaknya sedang menyiapkan kertas kertas permohonan AP sebelum dihantar kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk penelitian.

Menurutnya, ketika ini pihaknya mendapati masih sukar untuk mendapatkan bekalan beras putih tempatan di negeri ini hingga memaksa rakyat membeli beras import.

"Oleh itu, kita (kerajaan negeri ) sedang berusaha dengan mahu Pulau Pinang sendiri yang akan membekal dan membungkus beras tempatan (kepada rakyatnya) termasuk juga nak ada gudang serta mesin sendiri supaya dapat simpan makanan asas yang bukan sahaja beras tetapi juga minyak masak dan gula.

"Berikutan itu, kita memerlukan AP dan berharap Pulau Pinang menjadi negeri pertama yang memperolehnya yang mana kita sedang membuat permohonan dengan menyiapkan kertas kerja dan akan hantar kepada KPKM untuk pertimbangan dalam seminggu dua lagi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung langkah kerajaan negeri mengatasi isu beras putih tempatan selepas Program Pelepasan Benih Udang Galah di Kampung Jambatan Merdeka, di sini, hari ini.

Fahmi berkata, kebanyakan AP ketika ini dipegang oleh pihak swasta dan kini tiba masanya Kerajaan Pusat memberikannya kepada kerajaan negeri.

"Pihak swasta ini kita tahu banyak masalah kerana ada orang tengah dan atas sebab itu, kita nak dapatkan AP sendiri sebab jika berlaku stok (makanan) kurang, kerajaan negeri boleh kawal.

"Hal ini sekali gus dapat mengurangkan masalah yang sedang berlaku," katanya.



Disiarkan pada: Oktober 13, 2023 @ 4:17pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 06:07 PM GMT+8 , Processed in 0.110780 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list