View: 7043|Reply: 6
|
[Dunia]
Awas scammer derma Gaza
[Copy link]
|
|
Awas scammer derma Gaza
PENDUDUK Palestin mengosongkan kawasan kejiranan di Bandar Gaza. FOTO AFP
Kuala Lumpur: Polis menasihatkan orang ramai berhati-hati ketika menderma terutama ketika isu berkaitan peperangan di Gaza, Palestin bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya faham rakyat di negara ini sangat dermawan dan apabila berlaku sebarang insiden mereka sanggup membantu namun ada juga diambil kesempatan pihak tidak bertanggungjawab.
Menurutnya, sekiranya ada meminta sumbangan derma ke Palestin sila buat pengesahan terlebih dulu kerana walaupun jumlah derma itu hanya RM100 atau RM200 tetapi ia tetap membuka ruang kepada penipuan.
"Mereka akan menggunakan rasa simpati kita untuk membuat penipuan dan tidak tahu di mana wang itu disalurkan.
"Jadi jika betul hendak menderma salurkan ke tabung disediakan kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar kerana tidak salah kita membuat semakan dulu," katanya ketika dihubungi semalam.
Ramli berkata, jangan apabila melihat kewujudan tabung derma itu di Facebook atau Instagram terus mahu menderma.
"Bagaimanapun buat masa ini polis belum menerima laporan berhubung taktik penipuan ini namun jika ada mereka diminta tampil melaporkannya," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata, orang ramai dinasihatkan membuat sumbangan kepada NGO yang sudah lama membantu Palestin dan bukan yang tiba-tiba muncul.
"Seperti NGO kami yang bekerjasama dengan NGO di bawah dua koalisi, MyAqsa Defenders dan Aid4Palestine, Insya-Allah, sebab kami yang diamanahkan sampaikan sumbangan di sana dan pantau kebanyakan projek," katanya.
Sementara itu, Pengurus Besar Pemasaran Aman Palestin Berhad, Muhd Farhan Muhd Fadhil berkata, memang sekarang menjadi waktu orang ramai menderma berikutan situasi di Palestin tetapi sebelum hendak menyalurkan bantuan perlu ada ilmu dan memilih NGO yang tepat.
"Macam Aman Palestin sendiri kita ada tujuh kakitangan di Gaza yang sedang bertungkus-lumus membantu mangsa yang memerlukan di sana.
"Setakat kelmarin, kita sudah menyalurkan 100,000 USD (RM471,500) ke sana bagi merawat mangsa yang cedera di hospital selain keperluan kerusi roda, anggota palsu, pakaian sejuk, tilam, selimut dan makanan," katanya.
Katanya, mereka yang kehilangan rumah juga kini ditempatkan di 64 sekolah di Gaza.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -scammer-derma-gaza
|
|
|
|
|
|
|
|
Itulah. Takut ramai ambil kesempatan. Iol derma kat khidmat ummah under ust wadi anuar |
|
|
|
|
|
|
|
I derma kat cinta gaza je. Nadir an nuri tu mmg duk sana n kawin org sana. Tapi skrg mcm ade kat kL? Latest nk beli gerudi, tukul dgn apa tah utk korek bangunan runtuh cari mangsa. Sedih sgt i doakan semoga kanak2 disana dilindungi Allah. Pasni i bpikot galgadot moga dia gendut sbb tak habis2 dok menyalak psl israel kena serang. I baca comment padan muka ramai je ummah non muslim yg bash. Budu amatttt zaman skrg zaman tenet org boleh cari sumber2 lain bkn mcm dulu hadap la berita yg disaji oleh puak yahudi puak US nun. |
|
|
|
|
|
|
|
So far x derma lagi...takut tak sampai ke pihak yg sepatutnye |
|
|
|
|
|
|
|
derma kat mycare malaysia sbb ada cgu pencen aktif kat situ. dia org ada audit dan pjbt di gaza. bantuan lbh kpd perubatan |
|
|
|
|
|
|
|
harap jangan la ada yg amek kesempatan atas kesusahan gaza...dorang dh cukup suffer |
|
|
|
|
|
|
|
The whole thing is a scam setakat sakau duit derma acik2 yang tak seberapa halal ja lah. Yang penting pahala dah dapat, itu yang nak kan?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|