CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 778|Reply: 2

Polis Buru Pengemis Pakai Kostum Pocong, Pontianak

[Copy link]
Post time 12-10-2023 09:15 PM | Show all posts |Read mode
Jakarta: Polis Depok, wilayah Jawa Barat membuat rondaan khas bagi memburu pengemis yang berpakaian seperti pocong dan puntianak  sehingga menyebabkan orang ramai ketakutan, lapor portal berita Okezone hari ini.


Menurut ketua polis tempatan, Mohamad Thamrin, pasukannya melakukan rondaan pada malam semalam, namun kumpulan pengemis berkostum hantu itu tidak ditemui.






“Semalam kami melakukan rondaan mencari pengemis, namun mereka tidak muncul.


“Pasukan kami bergerak ke lokasi yang dilaporkan sering menjadi kawasan tumpuan mereka di Jalan Raya Margonda, namun tiada pocong ditemui,” katanya.


Sebelum itu, beberapa video tular di laman Instagram memaparkan sebilangan pengemis memakai kostum hantu berlegar-legar di jalanan sambil membawa kotak sumbangan.


Mereka bukan sahaja mengemis, bahkan menakut-nakutkan orang ramai sehingga ada yang ketakutan.


“Memang menjengkelkan orang yang suka mengemis begini. Anda masih muda, berbanding bekerja, anda memilih untuk mengemis,” kata seorang pengguna media sosial.


“Malam Jumaat lepas, saya menaiki motosikal berseorangan. Dia (pengemis) lalu di hadapan saya dengan memakai kostum pocong. Nasib baik motosikal saya tidak terbabas,” kata netizen lain.




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2023 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Paranormal kat mesia tak teringin nak rakam dorang ni ke?
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2023 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 09:45 AM GMT+8 , Processed in 0.033391 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list