CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2581|Reply: 0

Pan Gon waspada corak agresif India

[Copy link]
Post time 12-10-2023 04:35 PM | Show all posts |Read mode

PAN Gon tetap percaya pemainnya mampu meraih keputusan positif di depan penyokong sendiri nanti. FOTO Ihsan Persatuan Bolasepak Malaysia

Kuala Lumpur: Corak permainan agresif bakal menjadi ujian skuad Harimau Malaya apabila turun berdepan India pada saingan Pestabola Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), malam esok.

Perkara itu dinyatakan pengendali negara, Kim Pan-gon yang mengakui corak permainan agresif bakal dipamerkan oleh skuad The Blue Tigers itu nanti.

Katanya, anak buahnya perlu berhati-hati sepanjang aksi kerana baginya India yang dibimbing Igor Stimac adalah sebuah pasukan yang kuat.

Bagaimanapun, jurulatih dari Korea Selatan itu tetap percaya pemainnya mampu meraih keputusan positif di depan penyokong sendiri nanti.

"Apa yang kami sudah lakukan beberapa hari lalu dalam latihan, pasukan menunjukkan perkembangan yang bagus.

"Saya berpuas hati dengan penerimaan pemain terhadap taktikal dan perancangan permainan kami. Malah, pemain juga teruja dan penuh yakin untuk menghadapi perlawanan esok.

"Namun, semua tahu India berada di ranking lebih baik dengan mereka sangat agresif dan bekerja keras. Ia akan menjadi perlawanan yang bagus dan saya menjangkakan pasukan India lebih kuat dari kami.

"Jadi kami perlu tampil lebih mantap dengan memberi fokus dari minit pertama hingga 90 minit," katanya pada sidang media di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini.

Pan-gon turut menjelaskan, tonggak naturalisasi negara, Paulo Josue tidak akan bersama pasukan dalam perlawanan berdepan India kerana mengalami demam denggi.

Begitupun, beliau menarik nafas lega apabila seorang lagi pemain tengah, Stuart Wilkin yang sebelum ini mengalami kecederaan sudah pulih dan bersedia untuk perlawanan esok.

Untuk rekod, skuad Harimau Malaya mempunyai rekod cemerlang berdepan India apabila mencatat sembilan kemenangan daripada 23 pertemuan sejak 1959.

Selebihnya berkesudahan seri tujuh kali dan tewas tujuh kali dengan kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu pada 2011 yang memihak India.

Pada saingan Pestabola Merdeka kali ini, Malaysia mensasarkan untuk muncul juara.

Lantas bagi memenuhi hasrat itu, pasukan negara wajib menumbangkan India sebelum menempah pertemuan dengan Tajikistan yang mara ke final selepas mendapat bye ekoran penarikan diri Palestin yang terbabit dalam kancah peperangan drngan Israel ketika ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... corak-agresif-india
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.810230 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list