CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2669|Reply: 0

Harimau Malaya punyai peluang besar untuk menang - Stimac

[Copy link]
Post time 12-10-2023 04:33 PM | Show all posts |Read mode

STIMAC mahu semua pemain memberikan segala-galanya di atas pada apabila menyarung jersi skuad kebangsaan. FOTO Ihsan Persatuan Bolasepak Malaysia

Kuala Lumpur: Pengendali pasukan India, Igor Stimac mengakui skuad Harimau Malaya memiliki peluang lebih besar untuk menewaskannya apabila bakal mendapat sokongan 'pemain ke-12', di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), malam esok.

Katanya, walaupun skuad The Blue Tigers menduduki ranking lebih baik di tangga 102 berbanding Malaysia di 134 dunia, namun sokongan padu penyokong di SNBJ dilihat sebagai motivasi tambahan yang mampu menjerat anak buahnya.

Namun begitu, beliau yakin pemainnya mampu membuat kejutan sekali gus mara ke pentas final saingan Pestabola Merdeka pada Selasa depan, di mana Tajikistan menanti selepas meraih 'bye' susulan penarikan diri Palestin.

"Saya boleh katakan peluang lebih memihak kepada Malaysia kerana perlawanan itu akan berlangsung di gelanggang mereka.

"Anda tidak boleh tewas di tempat sendiri, tetapi kami ke sini untuk kejutkan anda," katanya pada sidang media di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini.

Menurut Stimac lagi, skuad negara yang dikendali Kim Pan-gon sudah menunjukkan peningkatan cukup baik dan ia terbukti ketika Malaysia mengikat China pada aksi persahabatan antarabangsa di Chengu, bulan lalu.

"Kami membuat analisis permainan Malaysia termasuk ketika menentang China, mereka bermain dengan bagus dan kali ini mereka akan mendapat sokongan daripada penyokong sendiri.

"Kami sangat gembira menyertai Pestabola Merdeka dan kami tahu bagaimana sejarah kejohanan ini. Harapan saya sentiasa tinggi, saya mahu semua pemain memberikan segala-galanya di atas pada apabila menyarung jersi skuad kebangsaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... untuk-menang-stimac
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.915422 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list