CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2748|Reply: 0

Disalah Anggap Dah Jadi Ustaz, Zul Handy Black Selalu Ditawar Harga Murah

[Copy link]
Post time 12-10-2023 01:51 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi rock, Zul Handy Black,48 mendedahkan dia sering ditawarkan bayaran murah apabila diundang menjayakan persembahan.


Ramai pihak tersalah faham menyangkakan dia bergelar Ustaz sejak menukar imej pada tahun 2020.


Foto: IG




"Saya sekarang penuhi undangan menyanyi di karnival dakwah. Ada undangan secara solo dan ada juga dengan Assalam Buskers. Mereka semua ada kerjaya masing-masing.


"Selain karnival, saya kerap diundang menjayakan program masjid, tazkirah, jabatan kerajaan dan pejabat-pejabat swasta serta IPTA (Institut Pengajian Tinggi Awam). Mana-mana orang jemput saya akan pergi.


"Tak dinafikan saya pernah terkena senario ditawarkan harga rendah. Jadi benda itu kita bincang semula untuk memudahkan semua pihak," katanya kepada Harian Metro.




  



Penyanyi yang popular menerusi lagu Kau Yang Bernama Seri ini berkata, kadangkala orang tersalah faham bila dia bertukar penampilan begini.


"Saya sebenarnya bukan tukar kerjaya tapi tukar genre sahaja. Bila orang berfikiran ustaz-ustaz ini bayar seikhlas hati, murah-murah sahaja, ia memang salah.


"ada saya tak kira ustaz atau siapa sahaja, tambah lagi saya bukan ustaz pun dan tak sampai lagi tahap itu. Kita pergi stesen minyak pun kalau isi minyak RM10, tetap kena bayar RM10. Nak beli beras pun kalau 10 kilogram dah RM40, tetap kena bayar sama juga.


"Tiada pun peniaga kata ustaz bayar ikhlas berapa pun tak apa. Tak dapat pun macam itu. Jadi kadang-kadang benda macam itu orang tersalah faham. Benda (bidang) ini kita jadikan salah satu punca pendapatan juga," katanya kepada Harian Metro.




  



Menurutnya lagi, selain sebagai punca pendapatan, dia juga menjadikannya sebagai medan dakwah.


"Rasanya tak salah kut. Kita bukan 'demand' harga melampau. Ia berpada-pada bukan tinggi sangat. Harap orang dapat tukar 'mindset' mereka.


"Apapun kalau tempat yang daif itu lain cerita. Kadang-kadang kalau orang gelar kita penghibur yang dikira masih lagi artis, kita pun ada hati dan perasaan.


"Bukan saya tak pernah terbabit dengan kerja amal. Yang kita tak kenakan bayaran pun ada juga. Kadang-kadang bila guna nama amal, penganjur ambil kesempatan pun ada juga," katanya.




  



Zul berkata, kebiasaannya mereka mengatakan show amal tetapi program terbabit hebat dan menerima pelbagai tajaan.


"Bila kita kenakan bayaran bermula dari perbincangan yang pertama lagi dan janji nak bagi komitmen dengan minta bayaran, mereka kata ia show amal.


"Maksudnya mereka guna ayat ini untuk ambil kesempatan. Kalau mereka nak buat amal, buatlah tapi artis kena bayar. Kecuali kalau kami sendiri rela hati turun padang buat kebajikan itu cerita lain," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.040253 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list