CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2025|Reply: 0

F1: Red Bull sedia bantu Sergio Perez bangkit

[Copy link]
Post time 12-10-2023 12:26 PM | Show all posts |Read mode

PEREZ berdepan isu penurunan prestasi ketika ini menyebabkan kedudukan kedua keseluruhan yang dimiliki ketika ini berada dalam ancaman. - AFP

LONDON – Pasukan Red Bull bersedia melakukan apa sahaja untuk membantu pemandunya, Sergio Perez membina keyakinan semula terutama memastikan jaguh Mexico itu menamatkan perlumbaan Formula Satu (F1) di kedudukan kedua keseluruhan.

Ketua pasukan Red Bull, Christian Horner berkata, pasukannya akan membantu Perez terutama pada tiga perlumbaan di Texas, Mexico dan juga Brazil memandangkan pemandu berusia 33 tahun itu mempunyai kekuatan tersendiri di ketiga-tiga litar tersebut.

Ketika ini, Perez berada dalam bahaya, biarpun berada di kedudukan kedua keseluruhan namun pelumba Mexico itu hanya dipisahkan 30 mata di hadapan juara dunia tujuh kali Mercedes, Lewis Hamilton.

“Saya rasa kami perlu duduk bersama Checo (Perez) kerana kami tahu kemampuannya dan dia tidak mencapai prestasi itu pada masa ini.

“Kami sangat memerlukannya untuk mencari rentaknya semula untuk mengekalkan tempat kedua dalam kejuaraan.

“Ia mengecewakan kerana Perez hanya keluar pada perlumbaan hujung minggu dengan satu mata selepas menamatkan saingan tempat ke-10 di Qatar,” kata Horner. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... rgio-perez-bangkit/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.359182 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list