|
Roberto Firmino menceritakan perjalanan karier lapan tahunnya yang penuh gemilang di Anfield dalam buku bertajuk ‘Si Senor: My Liverpool Years’. - Foto AGENSI
LIVERPOOL: Roberto Firmino menceritakan perjalanan karier lapan tahunnya yang penuh gemilang di Anfield dalam buku bertajuk 'Si Senor: My Liverpool Years'.
Penyerang 32 tahun menyertai kelab Arab Saudi, Al-Hilal selepas kontraknya bersama Liverpool tamat pada musim panas lalu.
Pemain Brazil itu mempunyai hubungan baik dengan penyokong Liverpool dan buat pertama kali selepas meninggalkan Anfield, dia memberi mesej kepada peminatnya.
"Ada sesuatu yang saya mahu anda tahu," kata Firmino di Instagram sebelum mengesahkan pelancaran bukunya pada 9 November ini.
Firmino memulakan kariernya di Anfield di bawah kendalian Brendan Rodgers yang kemudian digantikan dengan Jurgen Klopp.
Dia mengumpul 362 penampilan, meledak 111 gol dan 79 umpanan gol, serta membentuk trio serangan paling digeruni dalam dunia bola sepak bersama Sadio Mane dan Mohamed Salah.
Firmino memenangi Piala Liga, Piala FA, Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara Eropah serta menjaringkan gol dalam masa tambahan ketika menjuarai Piala Dunia Kelab 2020.
Bekas penyerang Hoffenheim itu turut memulakan karier di Timur Tengah dengan baik apabila menjaringkan lima gol dalam sembilan perlawanan untuk membantu pasukannya mendahului Liga Pro Saudi. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... n-karier-di-anfield |
|