CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 655|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 1,785 lokasi aktif judi diserbu

[Copy link]
Post time 12-10-2023 10:36 AM | Show all posts |Read mode

MOHD Shuhaily ketika sidang media di Bukit Aman. FOTO Amirudin Sahib

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerbu 1,785 lokasi aktif menjalankan judi dalam talian dan loteri awam tanpa lesen dalam Op Dadu Khas bagi tempoh dua minggu bermula 22 September hingga 5 Oktober lalu.

Pengarah JSJ Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, dalam 735 serbuan dilakukan, sebanyak 7,761 individu diperiksa bagi judi dalam talian di seluruh negara.

"Daripada keseluruhan jumlah yang diperiksa, 802 orang berjaya ditahan membabitkan 658 lelaki dan 144 wanita.

"Bagi loteri awam tanpa lesen pula, 1,050 serbuan dilakukan dan pemeriksaan membabitkan seramai 1,069 orang terdiri daripada 901 lelaki dan bakinya adalah wanita," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Shuhaily memaklumkan serbuan tertinggi direkodkan bagi kes judi dalam talian adalah membabitkan Kontinjen Sarawak dengan 151 serbuan diikuti Kontinjen Pulau Pinang (95) dan Kontinjen Selangor (83).

Menurutnya, serbuan tertinggi bagi loteri awam tanpa lesen pula direkodkan oleh Kontinjen Johor dengan 179 serbuan, Kontinjen Selangor (141) serta Kontinjen Perak (102).

"Dalam konteks rampasan judi dalam talian membabitkan wang tunai sebanyak RM108,325 dan 20 unit moden, router (12 unit), tablet (3), laptop (1), telefon bimbit (792) membawa kepada nilai anggaran RM513,025.

"Selain itu, rampasan loteri awam tanpa lesen membabitkan wang tunai bernilai RM161,426 diikuti mobile printer (467), telefon bimbit (907) menjadikan rampasan keseluruhan bernilai RM679,816 ," katanya.

Mohd Shuhaily berkata, dalam 735 kertas siasatan membabitkan judi dalam talian dibuka, 123 daripadanya dituduh di mahkamah dan 31 diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) 581 lagi masih dalam tindakan pegawai penyiasat.

"Bagi judi ekor pula, 1,050 kertas siasatan dibuka, 257 daripadanya dituduh di mahkamah dan 12 diklasifikasikan sebagai NFA manakala 781 lagi masih dalam tindakan pegawai penyiasat," katanya.

Mengulas lanjut, Shuhaily menegaskan kesemua kes disiasat mengikut Seksyen 4B(a), 4(1)(c), 9(1) dan Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

"Dalam serbuan yang dilakukan, dianggarkan kerajaan mengalami kerugian RM13 juta ringgit daripada hasil perjudian haram menerusi Ops Dadu khas yang dijalankan selama dua minggu ini sahaja.

"Kami turut mendapati beberapa modus operandi terbaharu yang dilakukan sindiket bagi menyukarkan pertuduhan dilakukan seperti mewujudkan orang tengah dan pelaku tidak pernah melihat orang tengah ini," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -aktif-judi-diserbu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.045048 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list